Home Blog Page 37

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Apabila datang ke ipoh, ramai yang tertanya-tanya apakah tempat menarik di Ipoh? Inilah persoalan yang sering ditanya apabila mereka datang berkunjung di ibu negeri Perak ini untuk merasai pengalaman yang terbaik apabila berada di Ipoh, Perak.

Pengenalan Ipoh

Sebagai permulaan, ayuh kita kenali Ipoh terlebih dahulu. Bandaraya Ipoh adalah ibu negeri buat negeri Perak yang mana ia adalah sebuah bandar yang unik dan dikelilingi gunung dan terletak di dalam daerah Kinta. Ipoh juga adalah merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran buat negeri Perak.

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Asal usul nama Ipoh ini menarik untuk dikongsikan penceritaannya. Kisahnya secara ringkas, nama Ipoh diambil daripada sepohon pokok yang dikenali sebagai pokok Ipoh. Uniknya pokok ini adalah berkenaan dengan getahnya yang beracun dan ia telah digunakan oleh orang asli untuk panahan sumpitan mereka.

Anda boleh rujuk artikel dari mana Ipoh mendapat nama untuk lebih maklumat tentang hal asal usul nama Ipoh dan anda boleh semak tentang peristiwa pokok Ipoh yang tumbang di hadapan KTM Ipoh telah ditanam semula sebagai untuk mengekalkan simbolik terhadap bandaraya Ipoh.

Apa Tempat Menarik di Ipoh?

Ipoh cukup terkenal dengan pelbagai jenis lokasi untuk dijadikan sebagai destinasi percutian santai bersama keluarga dan kenalan. Ada tempat bersejarah, kompleks hiburan, taman rekriasi, pusat mandi manda, lubuk makanan tempatan, percutian pendidikan dan macam-macam lagi.

Usah lepaskan peluang untuk pergi dan rasai sendiri pengalaman santai bercuti di pelbagai tempat menarik di Ipoh. Dalam artikel ini, kami ada beberapa senarai cadangan tempat menarik di Ipoh untuk anda dan ia mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda.

Sunway Lost World Of Tambun

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Lost world of Tambun yang terletak di kawasan Tambun adalah merupakan antara taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia. Pelbagai aktiviti kekeluargaan yang boleh dijalankan disini dan ia adalah merupakan salah satu tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara buat negeri Perak.

Pelbagai aktiviti riadah santai boleh dijalankan disini yang merangkumi pelbagai faktor kenapa ia tersenarai di dalam tempat menarik di Ipoh. Anda boleh semak maklumat dibawah untuk ketahui lebih lanjut tentang Sunway Lost World Of Tambun.

Waktu Operasi :

  • Isnin hingga Jumaat : 10:00am hingga 6:00pm
  • Sabtu dan Ahad : 11:00am hingga 6:00pm
  • Hari cuti am dan cuti sekolah : 10:00am hingga 12:00am
  • 6:00pm hingga 11.00pm untuk night park dan hotsping
  • Selasa ditutup kecuali cuti am dan cuti sekolah

Pasar Gerbang Malam, Ipoh

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Nama Pasar Gerbang Malam cukup gah untuk menggambarkan Ipoh. Ia merupakan salah satu identiti buat negeri Perak yang mana sehinggakan wujudnya terma tidak sah ke Ipoh jika tidak singgah ke Pasar Gerbang Malam.

Lokasi kedudukan Pasar Gerbang Malam ini terletak betul-betul di Jalan Tahwil Azhar. Konsepnya Pasar Gerbang Malam adalah seperti uptown market yang popular di sesetengah tempat yang lain. Disana terdapat pelbagai gerai jualan yang menjual pakaian, kasut, bag, alat solek, alat mainan, barang perhiasan diri dan pelbagai lagi.

  • Lokasi : Jalan Tahwil Azhar
  • Waktu Operasi : Setiap hari 6:00pm hingga 1.00am

Pasar Karat (LOKEN), Ipoh

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Pasar Karat Ipoh turut dikenali dengan nama popularnya iaitu LOKEN. Jika ditanya pada orang awam tentang cadangan tempat menarik di Ipoh, semestinya majoriti daripada mereka akan cadangkan anda untuk datang ke Loken.

Apa yang ada di Pasar Karat Ipoh? Ianya cukup menarik untuk diceritakan disini. Terdapat pelbagai barangan lama yang boleh dibeli untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi dan peringatan. Bak kata sesetengah orang, di Pasar Karat Ipoh inilah syurga buat pengumpul barangan lama.

  • Lokasi : Jalan Horley (Gerbang Memory Lane)
  • Waktu Operasi : setiap hari 6:30am hingga 1.00pm

Muzium Darul Ridzuan

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Inilah tempatnya jika anda cintakan sejarah tempatan di negeri Perak. Muzium Darul Ridzuan adalah merupakan ruang yang menghimpun sejarah berkenaan dengan pembangunan bandar Ipoh dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor perlombongan dan pertanian.

Muzium Darul Ridzuan ini telah dalam tahun 1926 dan ia telah berusia lebih daripada 100 tahun. Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk memelihara kisah sejarah perlombongan dan perhutanan di kawasan Ipoh serta menyimpan dan mengekalkan warisan sejarah yang ditinggalkan oleh perusahaan perlombongan bijih timah dan perusahaan hasil perhutanan.

  • Lokasi : Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (sebelah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak – SUK Perak)
  • Tiket masuk : Percuma
  • Waktu Operasi : 9:30am hingga 5.00pm

Anda ada cadangan tambahan untuk mereka diluar sana yang sedang mencari kawasan dan tempat menarik di Ipoh? Sila tinggalkan komen dan kami akan kemaskini artikel ini dari masa ke masa dengan mengikut perkembangan permintaan terkini daripada pelancong dari dalam dan luar negara untuk negeri Perak yang tercinta.

Muzium Geologi di Ipoh

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Muzium Geologi di Ipoh telah ditubuhkan dalam tahun 1957 sewaktu negara kita mencapai kemerdekaan. Muzium yang penuh dengan maklumat geologi ini ditubuhkan dengan perletakan batu asas bangunan oleh Raja Muda Perak pada waktu itu Raja Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah (kini Almarhum Sultan Idris II, Sultan Perak yang ke 33).

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Disinilah tempatnya untuk kita lahirkan rasa cinta dan minat akan pendidikan teras berkenaan geologi kepada anak-anak kita. Muzium Geologi ini banyak memberi manfaat dan pelopor dalam melahirkan ahli geologi negara. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Muzium Geologi Di Ipoh ini, anda boleh baca artikel Sejarah Dan Kisah Muzium Geologi Di Ipoh, Perak.

Waktu Operasi :

  • Isnin hingga Jumaat : 9:00am hingga 4:30pm
  • Waktu Rehat : 12:30pm hingga 2:00pm (Jumaat 12:00pm hingga 3:00pm)
  • Sabtu, Ahad dan cuti am ditutup

Taman Tasik Cermin

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Tidak cukup setakat itu, ini satu lagi tempat menarik di Ipoh. Rata-rata kebanyakan orang di Ipoh sendiri tidak tahu dengan kewujudan dan lokasi sebenar Tasik Cermin ini. Hal ini kerana ia bukanlah dibawah jagaan sesiapa dan tambahan lagi laluan untuk sampai ke Tasik Cermin ini agak mencabar dengan bakal melalui kawasan jalan yang tidak berturap, berbatu kelikir dan penuh debu.

Setibanya anda di Tasik Cermin nanti, anda boleh berehat di kawasan pelantar yang telah didirikan untuk pengunjung yang dahagakan ketenangan dari kesibukan bandar. Dari situ anda boleh faham kenapa tasik tersebut dinamakan sebagai Tasik Cermin. Hal ini kerana bayangan yang ada di sekitar kawasan tasik tersebut memantul landskap sekeliling seolah-olah bertindak seperti cermin.

Anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Taman Tasik Cermin ini? Kami pernah terbitkan artikel berkenaan dengan Tasik Cermin yang tersorok di Gunung Rapat. Anda boleh baca penceritaan yang telah disampaikan berkenaan dengan Tasik Cermin Yang Tersorok di Gunung Rapat melalui link ini.

  • Lokasi : N4° 33.560′ E101° 07.210′
  • Tiket masuk : Percuma
  • Waktu Operasi : Tidak ditetapkan dan sebaiknya pergi pada waktu siang

Menara Memorial Birch

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Anda ingat dengan kisah J.W.W. Birch? Ya, beliau adalah Residen British yang pertama di negeri Perak dan apa yang tragisnya, beliau telah maut ditangan pembesar-pembesar Melayu sewaktu terlibat dalam kisah kebangkitan orang Melayu Perak yang terkenal di Pasir Salak.

Lokasi menara jam memorial Birch ini terletak di sebelah Masjid Negeri Perak dan ia telah dibina dalam tahun 1909 oleh anaknya yang juga merupakan Residen British di negeri Perak sempena memperingati ulang tahun kematian bapanya yang ke 34. Ini juga salah satu tempat menarik di Ipoh.

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Menariknya pada badan sisi dinding menara jam tersebut terdapat 4 patung terakota yang mengambarkan 4 prinsip pentadbiran British iaitu kesetiaan, keadilan, kesabaran dan ketabahan. Salah satu daripada 44 figura tersebut dikatakan imej Nabi Muhammad dan ianya telah dipadam. Anda boleh baca berkenaan dengan hal tersebut di artikel Misteri Imej Pudar Di Menara Memorial Birch.

  • Lokasi : 4.596840, 101.076193 (sebelah Masjid Negeri Perak)

Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Mahu lagi senarai tempat menarik di Ipoh? Pusat Rekreasi Lubuk Timah sememangnya punyai keunikan yang tersendiri kerana disana terdapat air terjun yang sejuk dan ada juga kolam air panas. Kolam air panas ini telah dibina semula dan diletakkan di pinggiran sungai yang mana air terjun asal mengalir disisinya.

Lokasi pusat Rekreasi Lubuk Timah terletak 8 kilometer dari tol Simpang Pulai (Exit 137). Jika anda merancang untuk ke sana, anda harus melalui jalan ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai sehingga terjumpa papan tanda kecil menunjuk arah simpang masuk ke pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan sejauh 1 kilometer sebelum sampai ke lokasi air panas.

Mengikut cerita tempatan, empangan ini telah dibina di sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke 20 yang mana pembinaannya amat berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan bijih timah pada waktu tersebut. Empangan tersebut dianggar setinggi 30 meter dan kini ia dipenuhi dengan pasir dan terdapat anak sungai yang mengalir. Anda boleh baca lebih lanjut penceritaan tentang hal Pusat Rekreasi Lubuk Timah ini di artikel yang telah kami terbitkan di Pusat Rekreasi Lubuk Timah Di Perak.

  • Lokasi : 4.559760, 101.161950 Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Tiket masuk :

  • 12 tahun keatas : RM5.00
  • 60 tahun keatas : RM3.00
  • 3 tahun hingga 11 tahun : RM3.00

Waktu Operasi :

  • setiap hari jam 8.00am hingga 6.30pm

Pasaraya Ipoh Parade

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Nama pasaraya Ipoh Parade cukup tidak asing lagi buat penduduk di Ipoh dan sekitar negeri Perak. Ia juga boleh dikatakan sebagai salah satu ikon di Ipoh sebagai kompleks dan pusat beli-belah yang nombor 1 di negeri Perak. Hal ini secara tidak langsung ia termasuk dalam senarai tempat menarik di Ipoh.

Di Pasaraya Ipoh Parade terdapat sebanyak 216 unit lot kedai pusat dan ianya termasuk pusat hiburan keluarga seperti karaoke, permainan sukan bowling dan panggung wayang GSC yang pernah dinobatkan sebagai panggung wayang paling besar di Perak sebelum kewujudan panggung wayang di Falim.

Untuk lebih banyak penceritaan menarik tentang Ipoh Parade, anda boleh baca artikel yang pernah kami terbitkan di laman ini bertajuk Ipoh Parade, Pasaraya Paling Popular. Semoga ia dapat membantu anda dalam memberi maklumat yang anda perlukan.

  • Lokasi : Jalan Sultan Abdul Jalil
  • Waktu Operasi : setiap hari jam 10.00am hingga 10:00pm

Anda ada cadangan tambahan untuk mereka diluar sana yang sedang mencari kawasan dan tempat menarik di Ipoh? Sila tinggalkan komen dan kami akan kemaskini artikel ini dari masa ke masa dengan mengikut perkembangan permintaan terkini daripada pelancong dari dalam dan luar negara untuk negeri Perak yang tercinta.

Senarai Ipoh Food Delivery Service

Ipoh Food Delivery Service atau dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai perkhidmatan penghantaran makanan di Ipoh bukanlah satu perkara yang baru. Ipoh cukup meriah dengan pelbagai jenis makanan tidak kira masakan moden dan tradisional dari pelbagai bangsa. Mereka yang mengusahakannya juga tidak mahu ketinggalan dan ingin memudahkan pelanggan dengan menjalankan servis penghantaran makanan.

KPTM Ipoh, Kolej Poly-Tech MARA Ipoh

KPTM Ipoh induknya Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang pada asalnya dikenali dengan nama Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM). Ia telah telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) dalam bulan September 2003.

Pengenalan

KPTM di Malaysia telah diuruskan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA). KPTM menawarkan pelbagai peluang pendidikan dalam bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sains Kesihatan, Sains Sosial, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, Kemanusiaan dan Bio-Industri.

Sejarah KPTM

Bermula dalam bulan Januari 1983, sebuah Pusat Sumber Pembelajaran telah ditubuhkan di Kota Bharu, Kelantan dan dalam bulan Jun 1983, Maktab Sains MARA (dahulunya dikenali sebagai Kolej Komuniti MARA) telah ditubuhkan di Kuantan, Pahang dengan menawarkan sebuah program berkembar yang dikenali sebagai Ijazah Bersekutu Amerika (American Associate Degree, AAD). Program ini telah diterima dengan baik oleh lebih daripada 75 universiti di Amerika Syarikat dan New Zealand sebagai program ijazah pemindahan 2+2.

Pencapaian yang luar biasa ini kemudian telah membawa kepada penubuhan KPTM Kuala Lumpur (1987), KPTM Bangi (1988) dan KPTM Kota Bharu (1994). Beberapa pakatan strategik antarabangsa telah dibentuk bersama Konsortium Utara United Kingdom (1988), Konsortium Pengajian Tinggi Australia di Malaysia (1994) dan Konsortium Pengajian Tinggi British di Malaysia (1994) yang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di beberapa universiti ternama UK dan Australia.

KPTM Ipoh, Kolej Poly-Tech MARA Ipoh

KPTM Ipoh, Perak

Di Malaysia, kini terdapat sebanyak 9 buah kampus Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang terletak di seluruh negara. Antaranya adalah KPTM Bangi di negeri Selangor, KPTM Kuantan di negeri Pahang, KPTM Kota Bharu di negeri Kelantan, KPTM Semporna di negeri Sabah, KPTM Batu Pahat di negeri Johor, KPTM Alor Setar di negeri Kedah, KPTM Kesedar di negeri Kelantan, KPTM Kuala Lumpur dan juga KPTM Ipoh di Perak.

Negeri Perak juga tidak ketinggalan untuk menerima khidmat daripada Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang mana di bandaraya Ipoh khususnya, bangunan KPTM terletak di Wisma SSI dan ianya adalah sebuah lokasi yang cukup strategik di kawasan tumpuan bandar Ipoh.

Sejarah Pendidikan KPTM Ipoh

Sejarah pendidikan KPTM Ipoh ini asalnya bermula dengan penubuhannya sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM) dalam tahun 1996. Kursus yang dijalankan pada masa itu merangkumi kursus jangka pendek seperti komputer, bahasa, pengurusan dan pendidikan sekolah serta satu kursus jangka panjang iaitu Diploma NCC yang dijalankan secara usahasama dengan United Kingdom.

KPTM Ipoh, Kolej Poly-Tech MARA Ipoh

Dalam tahun 1999, perubahan pengurusan telah membuatkan IPM bertukar nama menjadi Akademi Infotech MARA (AIM) dan selain meneruskan kursus jangka pendek sediada, AIM juga turut menawarkan kursus jangka panjang sepenuh masa Diploma Multimedia Interaktif usahasama dengan University of Edith Cowan, Australia.

Pada tarikh 1 Januari 2004, Akademi Infotech MARA (AIM) telah diserapkan di bawah pengurusan KPTM Sdn. Bhd dan bertukar nama menjadi Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Perak (KPTM Ipoh). Dengan berbekalkan pengalaman menjalankan kursus usahasama dengan universiti luar negara, kali ini KPTM IPOH mula menawarkan kursus dalaman iaitu Diploma in Multimedia.

Kursus pengajian ini telah mendapat pengiktirafan MQA pada tahun 2006 dan ini membuktikan usaha berterusan kolej bagi memastikan pendidikan yang berkualiti terus ditawarkan kepada pelajar. Perubahan status sebagai IPTS yang berdaya saing telah mendorong KPTM IPOH untuk terus berusaha gigih mempertingkatkan kualiti pendidikannya dari masa ke masa.

Permohonan Masuk ke KPTM Ipoh

Untuk masuk menjadi seorang pelajar di KPTM Ipoh, anda wajib punyai sijil keputusan SPM atau STPM atau Diploma atau mana-mana sijil kelayakan yang akan digunakan untuk memohon bergantung kepada bidang yang ingin diambil, anda boleh gunakan sistem permohonan ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).

Hari ini, kita perlu berbangga dengan pencapaian KPTM dengan sejarah dan asas penubuhan yang kukuh yang telah membawa pertumbuhan berterusan pendidikan di masa hadapan. Ini adalah pendekatan terbaik dalam pendidikan dan latihan bagi menjamin para pelajar memperoleh kerjaya yang baik serta menjadi satu pelaburan masa hadapan bagi mereka.

Ipoh Parade, Pasaraya Paling Popular

Ipoh Parade adalah merupakan antara pasaraya yang paling popular di Ipoh, Perak. Sebelum kewujudannya, nama pasaraya seperti Super Kinta dan Kompleks Yik Foong adalah merupakan antara pasaraya yang paling laris dalam penghujung abad ke 20 di Ipoh, Perak.

Senarai Daerah Di Perak

Daerah di Perak terbahagi kepada dua belas buah daerah kesemuanya dan Perak merupakan negara kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Negeri Pahang Darul Makmur.

Negeri Perak berkongsi sempadan dengan negara lain seperti Negeri Kedah, Negeri Pulau Pinang, Negeri Kelantan, Negeri Pahang, dan Negeri Selangor. Selain itu, Negeri Perak juga mempunyai sempadan antarabangsa dengan Thailand iaitu bersebelahan dengan Wilayah Yala.

Kesultanan Perak mempunyai sejarah yang bermula pada tahun 1528 dengan pertabalan Sultan Mudzaffar Shah I. Baginda merupakan putera kedua dan keturunan Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, Kesultanan Perak merupakan keturunan langsung Kesultanan Melayu Melaka.

Daerah Di Perak

Seperti yang diceritakan di pendahuluan penceritaan artikel ini, terdapat sebanyak dua belas buah daerah di Perak Darul Ridzuan yang mana semuanya punyai cerita dan sejarahnya yang tersendiri dan ia cukup menarik untuk diketahui.

Senarai Daerah Di Perak
  1. Batang Padang
  2. Manjung
  3. Kinta
  4. Kerian
  5. Kuala Kangsar
  6. Larut dan Matang
  7. Hilir Perak
  8. Hulu Perak
  9. Perak Tengah
  10. Kampar
  11. Muallim
  12. Bagan Datuk

Daerah Di Batang Padang, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Daerah Batang Padang adalah merupakan antara salah satu daerah di Perak. Batang Padang meliputi kawasan Tapah, Kampar, Bidor, Mambang Diawan dan sebagainya. Pejabat pentadbiran daerah ini terletak di dalam kawasan bandar Tapah. Tapah pula terbahagi kepada Pekan Tapah dan Tapah Road.

Mukim:

  • Batang Panjang
  • Bidor
  • Chenderiang
  • Slim
  • Sungkai
  • Ulu Bernam Timor & Barat

Daerah Di Manjung, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Daerah Manjung adalah antara destinasi utama buat para pelancong yang datang melancong ke Negeri Perak. Lokasi tumpuan buat para pelancong dari dalam dan luar negeri ke daerah di Perak ini adalah di Pulau Pangkor dan Teluk Batik. Sektor pelancongan adalah penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung.

Mukim:

  • Beruas
  • Lekir
  • Lumut
  • Pengkalan Baharu
  • Sitiawan

Daerah Di Kinta, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Kinta juga adalah merupakan salah satu daerah di Perak dan ia adalah merupakan kawasan yang paling padat di negeri Perak. Majoriti penduduk di dalam daerah Kinta adalah menetap di bahagian utara iaitu di sektiar kawasan Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan.

Mukim:

  • Kampar
  • Sungai Raya
  • Sungai Terap
  • Tanjong Tualang
  • Teja
  • Hulu Kinta
  • Belanja

Daerah Di Kerian, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak Darul Ridzuan dan daerah di Perak ini terletak bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang serta negeri Kedah Darul Aman. Anda boleh rujuk artikel Sejarah Dan Asal Usul Daerah Kerian untuk lebih banyak maklumat tentang daerah Kerian.

Mukim:

  • Bagan Serai
  • Bagan Tiang
  • Beriah
  • Gunong Semanggol
  • Kuala Kurau
  • Parit Buntar
  • Selinsing
  • Tanjong Piandang

Daerah Di Kuala Kangsar, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Daerah Kuala Kangsar adalah merupakan sebuah Bandar Diraja dan ia juga adalah merupakan salah satu bandar bersejarah buat negeri Perak. Kuala Kangsar juga antara kawasan tumpuan buat para pelancong kerana disana terdapat pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik.

Daerah di Perak, Kuala Kangsar ini mendapat namanya bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Rujuk artikel Sejarah Kuala Kangsar, Perak untuk penceritaan lebih lanjut.

Mukim:

  • Chegar Galah
  • Kampung Buaya
  • Kota Lama Kanan
  • Kota Lama Kiri
  • Lubok Merbau
  • Pulau Kamiri
  • Saiong
  • Senggang
  • Sungai Siput

Daerah Di Larut, Matang dan Selama, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Larut, Matang dan Selama merupakan daerah di Perak yang terletak di bahagian utara. Daerah ini terletak bersempadan dengan daerah Kerian, Kuala Kangsar, Manjung dan Hulu Perak. Pusat pentadbiran daerah ini teletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia.

Mukim:

  • Asam Kumbang
  • Batu Kurau
  • Bukit Gantang
  • Ulu Ijok
  • Jebong
  • Kamunting
  • Pengkalan Aor
  • Selama
  • Simpang
  • Sungai Limau
  • Sungai Tinggi
  • Terong
  • Tupai
  • Ulu Selama

Daerah Di Hilir Perak, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Daerah Hilir Perak terletak di bahagian selatan Negeri Perak dan bersempadanan dengan Bagan Datuk. Ia juga bersempadan dengan daerah-daerah lain seperti Batang Padang, Perak Tengah dan Manjung. Kerajaan tempatan yang mentadbir di kawasan daerah ini ialah Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Mukim:

  • Changkat Jong
  • Durian Sebatang
  • Labu Kubong
  • Sungai Durian
  • Sungai Manik

Daerah Di Hulu Perak, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Hulu Perak merupakan daerah yang terletak di timur laut negeri Perak dan bersebelahan dengan negeri Kelantan serta negeri Kedah. Di selatan daerah ini ialah daerah Kuala Kangsar dan ia juga turut bersempadan dengan negara Thailand. Daerah ini merupakan salah satu pintu masuk diantara Malaysia dan Thailand.

Mukim:

  • Belukar Semang
  • Belum
  • Durian Pipit
  • Grik
  • Kenering
  • Kerunai
  • Pengkalan Hulu
  • Lenggong
  • Temelong
  • Temengor

Daerah Di Perak Tengah, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Daerah Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan yang mana Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979.

Mukim:

  • Bandar
  • Belanja
  • Bota
  • Jaya Baharu
  • Kampong Gajah
  • Kota Setia
  • Lambor Kanan
  • Lambor Kiri
  • Layang-Layang
  • Pasir Panjang Ulu
  • Pasir Salak
  • Pulau Tiga

Daerah Di Kampar, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Daerah Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah ke 10 buat Negeri Perak pada tarikh 21 Mei 2009 oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke 34). Nama Kampar itu sendiri mempunyai persamaan nama dengan Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini diakui oleh para sejarawan Malaysia bahawa nama pekan ini diambil sempena nama Kampar, Indonesia. Wujudnya kaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga.

Mukim:

  • Mukim Kampar
  • Mukim Teja
  • Gopeng
  • Bandar Kampar
  • Pekan Kota Baharu
  • Pekan Malim Nawar

Daerah Di Muallim, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Daerah Muallim ialah daerah yang ke sebelah di negeri Perak. Daerah ini telah diisytiharkan oleh Sultan Nazrin Muizzudin Shah (Sultan Perak ke 35) pada tarikh 11 Januari 2016 di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim. Daerah ini sebelum ini adalah sebahagian daripada daerah Batang Padang.

Mukim:

  • Slim
  • Hulu Bernam Timur
  • Hulu Bernam Barat

Daerah Di Bagan Datuk, Perak

Senarai Daerah Di Perak

Daerah Bagan Datuk asalnya sebahagian daripada daerah Hilir Perak yang berpusat di Teluk Intan. Dalam bulan Januari 2016, daerah kecil Bagan Datuk telah diwujudkan dan daerah kecil ini kemudiannya diwartakan oleh kerajaan negeri Perak sebagai sebuah daerah penuh pada 15 Julai 2016. Dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 22 November 2016, telah diputuskan daerah ini dieja sebagai Bagan Datuk, bermula pada hari pengisytiharan daerah ini pada 9 Januari 2017.

Mukim:

  • Bagan Datoh
  • Rungkup
  • Hutan Melintang
  • Teluk Bharu

Anda pula berasal dari daerah di Perak mana satu? Kongsikan di bahagian komen untuk kita bual bicara, berkenalan dengan santai bersama-sama dengan pembaca yang lain. Kongsikan juga apa yang menarik ada di dalam daerah anda!

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Perak Agrotourism Resort (PATRO)

Perak Agrotourism Resort atau lebih dikenali dengan nama PATRO adalah salah satu pusat pelancongan menarik serta unik di Perak dan lokasinya terletak di Sungai Galah, Tanjung Tualang. Ia adalah hasil diusahakan oleh Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

Perak Fa, Persatuan Bola Sepak Perak

Persatuan Bola Sepak Perak (Perak Football Association , Perak FA) adalah merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Perak Darul Ridzuan untuk menyertai Liga Malaysia dan pasukan ini juga tersenarai dalam kelompok elit Liga Malaysia iaitu Liga Super Malaysia.

Orang Bota, Perjalanan Hidup Anak Melayu Pertama Jadi Ketua Estet

Ahmad Zakaria bin Abu Kassim dilahirkan di Teluk Kepayang, Bota pada tarikh 7 September 1928. Beliau adalah merupakan anak kelima dari tujuh adik-beradik dan merupakan seorang anak yang amat gemar membaca dan menulis.

Terowong Kereta Api Paling Panjang Di Asia Tenggara Ada Di Taiping

Pembinaan Terowong Berkembar Berapit untuk kegunaan kereta api ini bermula pada 4 Oktober 2009 oleh pemaju projek yang terlibat iaitu MMC-Gamuda JV.

Kisah Kampung Changkat Pinggan Yang Hilang Dari Perak

Sebuah kampung yang semakin malar namanya di minda orang ramai dan semakin dilupakan apabila hari diselang seli dengan minggu dan seterusnya sejak ia ditinggalkan. Nama sebuah kampung yang tidak asing lagi pada waktu itu iaitu Kampung Changkat Pinggan sudah lama ditinggalkan pada zaman dahulu.