Tasik Cermin Yang Tersorok di Gunung Rapat

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Tanyalah kebanyakan orang Ipoh sendiri, rata-rata tidak tahu akan kewujudan dan lokasi sebenar Tasik Cermin ini. Laluan untuk sampai ke Tasik Cermin ini agak mencabar kerana anda akan melalui kawasan jalan yang tidak berturap, berbatu kelikir dan penuh debu. Macam tak percaya jalan untuk ke lokasi Tasik Cermin yang indah ini teruk ya amat! Jika tidak tabah mencari, mesti tidak akan jumpa kerana lokasinya benar-benar terselindung dan tersembunyi dari dunia luar.

    gua pintu masuk tasik cermin

    gua pintu masuk tasik cermin

    Tasik Cermin tersebut dikelilingi dan dilindungi oleh bukit-bukit yang tinggi. Terdapat gua sepanjang 50 meter yang dijadikan sebagai pintu masuk ke tasik cermin tersebut seumpama pintu masuk ke dunia yang lain. Bolehkah anda bayangkan perasaan gemuruh apabila berjalan dalam gua yang gelap dan ada cahaya dihadapan dan anda tahu yang anda bakal termui tasik yang cantik dan sangat berbeza dari sebelum pintu masuk gua tadi?

    tasik cermin

    tasik cermin

    Setibanya anda di Tasik Cermin, anda boleh berehat di kawasan pelantar yang didirikan untuk pengunjung yang dahagakan ketenangan dari kesibukan bandar Ipoh. Dari situ anda boleh faham kenapa tasik tersebut dinamakan sebagai Tasik Cermin. Hal ini kerana bayangan yang ada di tasik tersebut memantul landskap sekeliling seolah-olah bertindak seperti cermin.

    peta tasik cermin

    Lokasi Tasik Cermin ini terletak di dalam kawasan Gunung Rapat dan jika anda ingin lawatinya, anda boleh gunakan koordinat sebenar yang diberikan ini ( N4° 33.560′ E101° 07.210′ ) sebagai untuk disetkan kepada gps untuk google map untuk ke lokasi tersebut. Jika anda ke sana nanti, jagalah persekitaran supaya ianya terpelihara untuk orang lain melihat keindahannya juga. Ayuh kita mempromosikannya sebagai salah satu tempat untuk tahun melawat Perak 2017 ini.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.