OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Pelancongan

Tasik Cermin Yang Tersorok di Gunung Rapat

13 Jan 2017 · 1 min baca · 49 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Tanyalah kebanyakan orang Ipoh sendiri, rata-rata tidak tahu akan kewujudan dan lokasi sebenar Tasik Cermin ini. Laluan untuk sampai ke Tasik Cermin ini agak mencabar kerana anda akan melalui kawasan jalan yang tidak berturap, berbatu kelikir dan penuh debu. Macam tak percaya jalan untuk ke lokasi Tasik Cermin yang indah ini teruk ya amat! Jika tidak tabah mencari, mesti tidak akan jumpa kerana lokasinya benar-benar terselindung dan tersembunyi dari dunia luar.

gua pintu masuk tasik cermin
gua pintu masuk tasik cermin

Tasik Cermin tersebut dikelilingi dan dilindungi oleh bukit-bukit yang tinggi. Terdapat gua sepanjang 50 meter yang dijadikan sebagai pintu masuk ke tasik cermin tersebut seumpama pintu masuk ke dunia yang lain. Bolehkah anda bayangkan perasaan gemuruh apabila berjalan dalam gua yang gelap dan ada cahaya dihadapan dan anda tahu yang anda bakal termui tasik yang cantik dan sangat berbeza dari sebelum pintu masuk gua tadi?

tasik cermin
tasik cermin

Setibanya anda di Tasik Cermin, anda boleh berehat di kawasan pelantar yang didirikan untuk pengunjung yang dahagakan ketenangan dari kesibukan bandar Ipoh. Dari situ anda boleh faham kenapa tasik tersebut dinamakan sebagai Tasik Cermin. Hal ini kerana bayangan yang ada di tasik tersebut memantul landskap sekeliling seolah-olah bertindak seperti cermin.

peta tasik cermin

Lokasi Tasik Cermin ini terletak di dalam kawasan Gunung Rapat dan jika anda ingin lawatinya, anda boleh gunakan koordinat sebenar yang diberikan ini ( N4° 33.560' E101° 07.210' ) sebagai untuk disetkan kepada gps untuk google map untuk ke lokasi tersebut. Jika anda ke sana nanti, jagalah persekitaran supaya ianya terpelihara untuk orang lain melihat keindahannya juga. Ayuh kita mempromosikannya sebagai salah satu tempat untuk tahun melawat Perak 2017 ini.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.