Kisah Daerah Dinding Yang Terpisah 109 Tahun Dari Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Ramai masyarakat kita hari ini sudah lupa dengan nama daerah Dinding atau jajahan Dinding yang terletak di negeri Perak. Kini daerah Dinding dikenali dengan nama lain iaitu daerah Manjung.

    Daerah Manjung hari ini termasuklah kawasan Beruas, Sitiawan, Lumut dan Pantai Remis. Jangan anda tidak tahu, selat Dinding terletak di antara Lumut dengan Pulau Pangkor.

    Lokasi daerah Dinding terletak di antara Pulau Pinang dan Melaka. Oleh kerana kokasinya yang kelihatan amat strategik berada di tengah-tengah perairan selat Melaka, maka lokasi daerah Dinding sentiasa menjadi perhatian kuasa-kuasa penjajah untuk menakluk kawasan tersebut.

    Seperti yang kita sudah sedia maklum, pihak Belanda pernah membina sebuah kubu di daerah Dinding (Pulau Pangkor) pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak sewaktu penjajahannya.

    Semasa dalam pemerintahan Almarhum Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah (Sultan Perak ke 23), telah tercetus peperangan Larut yang memecahkan kesepakatan antara pelombong cina.

    Kesan dari tercetusnya peperangan tersebut, maka wujudlah kumpulan kongsi gelap iaitu Ghee Hin dan Hai San yang merebak ke Pulau Pinang semasa perang kedua.

    Kerajaan British di Pulau Pinang pada waktu itu terpaksa campur tangan dalam hal yang telah berlaku di negeri Perak. Maka, banyaklah bot-bot tentera British telah dihantar ke Larut untuk membanteras antiviti-aktiviti lanun dan samun oleh kumpulan kongsi gelap yang semakin banyak di negeri Perak.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, kerajaan British akhirnya menuntut sejumlah wang yang banyak daripada Almarhum Sultan Jaafar untuk menampung kos perbelanjaan mengawal dan banteras aktiviti kongsi gelap yang dilakukan.

    Malang sekali dikatakan pada waktu itu Sultan tidak dapat membayar dan telah meminta bantuan daripada Ngah Ibrahim untuk membuat pembayaran. Sebagai balasan, pada tahun 1864 Ngah Ibrahim telah dikurniakan gelaran Orang Kaya Menteri Paduka Tuan dengan daerah Larut sebagai wilayahnya.

    Sebaik sahaja Sultan Jaafar mangkat, maka wujud pula masalah baru yang mana perebutan takhta negeri Perak pula berlaku. Ditambah pula dengan masalah peperangan antara kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San di Larut yang merebut kawasan perlombongan pun masih belum selesai.

    Sultan Abdullah Muhammad Shah II (Sultan Perak ke 26)

    Sultan Abdullah Muhammad Shah II (Sultan Perak ke 26)

    Raja Abdullah yang menuntut tahta kerajaan Perak telah meminta bantuan British untuk menyelesaikan dua masalah tersebut yang sedang bergelut di negeri Perak. Terdapat beberapa syarat khas yang dikenakan kepada Raja Muda Abdullah pada waktu itu selepas diangkat menjadi Sultan Perak.

    Maka, Perjanjian Pangkor pun telah ditandatangani pada 20 Januari 1874 di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di selat Dinding. Jangan anda tidak tahu bahawa salah satu syarat yang diletakkan oleh pihak British adalah kerajaan negeri Perak perlu menyerahkan daerah Dinding kepada mereka.

    Sejak perjanjian itu dimanterai, daerah Dinding telah diselia tadbir dari Pulau Pinang oleh pihak British dan daerah Dinding menjadi sebahagian daripada negeri Selat. Maka pihak British berkuasa di daerah Dinding sehinggalah mereka punyai masalah pentadbiran dan politik di dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang.

    Perjanjian Pangkor

    Perjanjian Pangkor

    Selepas beberapa tahun lama berlalu, akhirnya pihak British telah meminta Jabatan Tanah Jajahan supaya kawasan daerah Dinding dikembalikan semula kepada kerajaan negeri Perak kerana kos operasi di daerah Dinding semakin meninggi dan tidak menguntungkan. Pihak British juga menganggap bahawa kawasan daerah Dinding tidak banyak menyumbang faedah kepada kedudukannya yang jauh daripada Pulau Pinang.

    Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30)

    Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30)

    Pada waktu itu, Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) yang berusaha sejak tahun 1917 lagi untuk mendapatkan kembali jajahan daerah Dinding kepada negeri Perak akhirnya semakin cerah dan nampak peluang besar dan usahanya selama ini hampir tercapai.

    Pada 6 Jun 1934 satu perjanjian telah ditandatangani oleh Almarhum Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) yang bertujuan untuk mendapatkan kembali kawasan daerah Dinding kepada negeri Perak. Perjanjian ini akhirnya telah diluluskan oleh Parlimen British pada 16 November 1934.

    Tarikh keramat yang harus diingati oleh seluruh warga daerah Manjung iaitu 16 Februari 1935. Pada tarikh ini, akhirnya daerah Dinding telah dikembalikan kepada kerajaan negeri Perak setelah terpisah berkali-kali dari negeri Perak selama 109 tahun sejak dijajah. Dengan itu, daerah Dinding dikembalikan kepada Perak setelah sekian lama berada dalam genggaman penjajah.

    Setelah penyerahan Dinding, Kerajaan negeri Perak telah menyatukannya Bruas dan kawasan-kawasan persisiran pantai bahagian selatan ke dalam daerah Dinding.

    Pada tahun 1973 sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33), daerah Dinding telah diberi nama baru iaitu daerah Manjung dan nama berkenaan berkekalan sehingga ke hari ini.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.