Tag: kisah

    Kisah Sejarah Masjid Kampung Batak Rabit

    Masjid ini dikatakan dibina oleh Laksamana Tok Tambah yang merupakan pembantu Sultan Perak ke 26, Sultan Abdullah II yang terkenal dalam insiden pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British Perak yang pertama dan Perang Perak

    Kisah Kematian Si Lenggang Yang Misteri di Sungai Perak

    Dikatakan, Leggang mulakan perjalanan sendirian dengan perahunya meninggalkan Bota dan pada keesokan harinya, mayat Lenggang ditemui dengan terbaring dalam perahunya.

    Kisah Abdul Aziz Ishak Dari Trong Yang Berani

    Aziz Ishak adalah merupakan adik kepada Yusof Ishak yang merupakan Presiden pertama di Singapura dan beliau dilahirkan di Trong, Perak dalam tahun 1913.

    Kisah Dendam Gajah Kepada Manusia Di Hulu Perak

    Tindakan gajah liar tua itu seolah-olah melepaskan dendam kepada manusia yang pernah menyakiti dirinya dan bencinya terhadap manusia dapat dilihat dengan jelas.

    Kisah Maharaja Abu Bakar Johor Diminta Memujuk Maharajalela Menyerah Diri

    Penglibatan Maharaja Johor dalam insiden Perang Perak ini bermula apabila Gabenor Sir William Jervois berpendapat adalah lebih baik dan selamat jika Sultan Ismail yang berada dalam buangan di Kedah dihantar ke Johor sebagai tahanan dan dikawal rapi.

    Popular

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.