25 C
Ipoh
Tuesday, 18 February 2025

Mitos Istana Sultan Ismail Dan Sebuah Masjid Di Belanja, Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Sejak Negeri Perak ditubuhkan oleh Sultan Perak Yang Pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah I Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah I pada tahun 1528, pada hari ini sudah ada seramai 35 orang Paduka Seri Sultan-sultan Negeri Perak. Apabila berbicara berkenaan dengan Kesultanan, maka secara hakikatnya tiadakan berpisah perihal sejarah keperibadian, pemerintahan dan kejadian yang berlaku disetiap pemerintahan Sultan-Sultan yang pernah memerintah didalam sesebuah Negeri yang dijadikan sejarah untuk pengetahuan kita pada hari ini.

Sesungguhnya setiap Sultan yang bertahta diatas kerajaan sudah pasti mempunyai Istana yang bersemayam di singgahsana. Namun pada hari ini, apa yang telah ketahui bahawa ada sesetengah Istana peninggalan Raja-raja dahulu sudah tiada dari tapak pembinaannya akibat kemusnahan dari kesan peperangan dan penjajahan yang berlaku pada suatu masa dahulu namun masih ada gambaran serta tapak kedudukannya istana itu yang dapat dizahirkan dari cerita-cerita orang lama yang masih diambil pakai sebagai ilmu pengetahuan oleh kita hari ini.

Berbalik kepada Kesultanan Negeri Perak, berkisarkan salah seorang Sultan yang pernah bertahta diatas kerajaan Negeri Perak sebagai Sultan Perak yang ke 25 pada suatu masa dahulu iaitu Al-Marhum Sultan Ismail Al-Muabidin Riayat Shah pada tahun 1871 hingga 1874. Sedikit fakta ringkas tentang sejarah yang berlaku pada ketika pemerintahan Al-Marhum Sultan Ismail Al-Muabidin Riayat Shah ini.

Dikatakan nama sebenar baginda ialah Raja Ismail Hitam yang merupakan anakanda kepada Raja Hitam Al-Khairat Shah dan juga merupakan kerabat Diraja Siak Sri Indrapura melalui jalur nasab Tengku / Raja Hussein ibn Sultan Muhammad Abdul Jalil Jalaluddin Shah atau lebih dikenali sebagai Tengku Mahmud / Tengku Buang Asmara iaitu Sultan Siak ke 2 pada tahun 1740 hingga 1760, Almarhum Mampura ibn Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah atau lebih dikenali sebagai Yang Dipertuan Raja Kechil Siak (Sultan Siak 1 (1723-1740), Almarhum Buantan).

Bonda baginda iaitu YAM Raja Mandak binti Sultan Ahmaddin Shah, anak Sultan Perak ke 18 pada tahun 1786 hingga 1806 merupakan marhum bongsu buat merupakan kerabat diraja Perak. Baginda merupakan Raja Bendahara Perak yang berkuasa di Ulu Perak atau lebih tepat lagi, di Belanja Perak. Isteri baginda adalah anaknda kepada Raja Hamid dan juga merupakan saudara Raja Chulan (Raja Muda).

Ramai sejarawan dan pengkaji salasilah Raja-raja Perak yang terkeliru dengan nasab keturunan baginda. Mereka beranggapan bahawa baginda berketurunan Sayyid dari Siak Sri Indrapura, tetapi fakta sebenar baginda itu berasal daripada zuriat langsung daripada Yang Dipertuan Raja Kechil Siak pada tahun 1746. Kekeliruan itu muncul disebabkan pengkaji-pengkaji Barat seperti R.O. Winstedt dan W.E. Maxwell terkeliru dengan ejaan nama ayahanda kepada Sultan Ismail Muabiddin Riayat Shah ketika mereka menterjemahkan huruf-huruf Jawi kepada huruf Rumi.

Baginda dilantik sebagai Sultan Perak berikutan ketidakhadiran Raja Muda Perak iaitu Raja Muda Abdullah pada hari pemakamam Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah pada 25 Mei 1871. Setelah 30 hari seluruh rakyat dan pembesar-pembesar menunggu Raja Abdullah yang tidak datang maka ditangguh lagi akannya jenazah Al-marhum Sultan Ali terbujur hampir sebulan itu dikebumikan. Dan akhirnya Orang-Orang Besar Perak yang diketuai oleh Orang-Orang Kaya Seri Amar Bangsa Raja Uda Bidin iaitu Dato’ Panglima Kinta Ke-9 dan Orang Kaya Menteri Tengku Ngah Ibrahim bin Raja Long Jaafar serta beberapa pembesar lagi ketika itu sebulat suara telah menabalkan Raja Bendahara Ismail menjadi Sultan Perak pada 28 Jun 1871.

Baginda dikatakan mula menentang British sejak Penjajah British cuba mengatasi Daulat Dan Kuasa Raja Melayu dengan menghilangkan gelaran Sultan Perak kepada “Sultan Muda” dan menobatkan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak. Namun walau bagaimana pun ketika itu pihak British berjaya menjadikan diri mereka sebagai Maharaja yang menabalkan Raja Melayu dimana Raja Abdullah telah ditabal dan diktiraf oleh British sebagai Sultan Perak.

william jervois

Akhirnya Sultan Ismail diburu oleh British bagi mendapatkan Alat Kebesaran Kerajaan Perak kerana British mulai sedar ketika itu bahawa rakyat dan orang melayu tidak akan menghormati dan taat setia kepada Raja yang tidak menyempurnakan Adat Istiadat Pertabalan Raja Melayu pada waktu itu. Pihak British akhirnya dapat menawan baginda dan beberapa orang pengikut baginda. Salah seorangnya Dato’ Domba Sedewa Raja Uda Bidin iaitu seorang penyokong kuat baginda dihantarkan oleh Lt. Colonel Anson ke Singapura dengan kapal perang H.M.S. Ringdove. Ringdove telah sampai di Singapura pada 26 Mac 1876. Setelah semua Alat Kebesaran itu diserahkan kepada Gabenor William Jervois, pada 27 Mac 1876.

Perkisahan itu telah didengari oleh Maharaja Johor iaitu Maharaja Abu Bakar dan baginda telah menitahkan Pihak British agar Sultan Ismail dan pengikut-pengikutnya dihantar negeri Johor dan Sultan Ismail juga pengikut-pengikutnya itu dibawah perlindungan Maharaja Johor (Maharaja Abu Bakar). Sultan Ismail diberi penempatan di Skudai, Johor.

makam sultan ismail

Begitulah serba sedikit sejarah ringkas Al-Marhum Sultan Ismail Muabiddin Riayat Shah. Baginda dikatakan ketika bertahta didalam kerajaan Negeri Perak, baginda bersemayam diatas singgahsana Istana di Tanjung Belanja. Gambar Istana baginda ada dipamirkan didalam beberapa buku sejarah didalam negara kita dan adakalanya dipertontonkan dibeberapa tempat anjuran program pamiran-pamiran sejarah yang dibuat didalam negara kita.

Apabila melihat gambar Istana tempat bersemayamnya baginda, sudah pasti akan tercetusnya didalam minda disetiap individu yang melihatnya akan berkata dihati bahawa, didalam banyak-banyaknya Istana Kesultanaan Perak, hanya Istana Sultan Ismail Al-Muabidin Riayat Shah yang paling sederhana. Persoalannya, apakah benar yang diperlihatkan itu adalah Istana sebenar Sultan Ismail Al-Muabidin Riayat Shah atau sebaliknya?

masjid belanja

Gambar yang dikatakan adalah Istana Sultan Ismail di Belanja, Perak. Gambar ini telah diambil pada tahun 1860. Dan ia sama sekali bukan sebuah Istana seperti apa yang telah dikatakan, ditunjukkan dan diajar kepada kita oleh bangsa-bangsa yang tidak pernah ada rasa tanggungjawab mencurahkan ilmu kepada anak-anak bangsa nya. Walaupun ia sekadar kononya gambar Istana yang ingin diperlihatkan sebagai tatapan ilmuan buat pemahaman generasi ke genarasi, perlu juga menitik beratkan tanggungjawab dengan penuh amanah sebagai penyebar atau penyampai ilmuan sejarah asal usul yang berkaitan dengan Kesultanan Melayu.

masjid belanja

Gambar tersebut sebenarnya adalah sebuah masjid yang pertama dibina di Belanja dan ia bukanlah sebuah Istana tempatnya bersemayam Sultan Ismail Al-Muabidin Riayat Shah seperti yang diwar-warkan selama ini. Ini juga boleh dianggap sebagai menghina dan memperendahkan darjat keperibadian Kesultanan Melayu. Seharusnya kebenaran itu wajib dipersembahkan agar generasi yang akan datang menjadi golongan generasi yang benar bukan pembohongan. Dan kini menjadi persoalan, dimanakah Istana Sultan Ismail yang sebenar?

Kemumu ditengah pekan
Dihembus angin jatuh kebawah
Jika ilmu dipesongkan
Bagai pohon tidak berbuah

Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal

Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik ilmu jika memberi
Jangan munafik dibenci orang

– tokchangkatlanggor –

- Advertisement -
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here