Jika singgah di Ipoh, tidak lengkap buat persinggahan anda jika tidak berkunjung ke dua tempat yang cukup popular dan menarik ini, iaitu Gerbang Malam dan juga Pasar Karat Ipoh atau lebih dikenali sebagai Loken.
Muhammad Fadil
Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang terletak 5 kilometer dari bandaraya Ipoh, adalah satu daripada beberapa gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, khususnya di Lembah Kinta. Pada tahun 1999, Gunung Lang telah dijadikan taman rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan.
Donut Hipster Terhangat Di Kuala Kangsar
Kebiasaannya, untuk kita menikmati donut yang pelbagai warna dan perisa hanya boleh didapati di francais milik syarikat ternama kan? Sebagai contoh Big Apple dan Dunkin Donuts. Sekarang, anda dapat menikmati pelbagai jenis donut dengan rasa dan warna yang menarik dengan harga yang lebih murah.
Beriadah Di Eco Park, Bandar Seri Botani
Bagi penduduk Ipoh khususnya di Eco Park, nama Bandar Seri Botani tentunya sudah tidak asing lagi. Satu taman rekreasi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga pada hujung minggu dan cuti am. Eco Park, Bandar Seri Botani atau lebih dikenali dikalangan penduduk setempat sebagai Taman Botani.
Pengusaha Mee Udang Mak Jah Meninggal Dunia
Kita dikejutkan dengan pemergian pengusaha Mee Udang Mak Jah yang popular telah meninggal dunia pada pukul 10:31 malam, 2hb Januari 2017. Oleh itu kedai Mee Udang Mak Jah akan tutup buat sementara waktu. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Nasi Ganja Paling Laris Di Ipoh
Tidak lengkap persinggahan anda bila ke Ipoh, Perak jika tidak merasa salah satu makanan wajib cuba iaitu Nasi Ganja. Tanyalah mana mana orang Perak pasal cadangan makan best di Ipoh, 90% dari mereka akan mengesyorkan pada anda Nasi Ganja.
Asal Usul Nama Sitiawan
Sejarah awal di Sitiawan mendapat nama dikatakan berasal dari sekawan gajah yang melalui kampung ini dan tiba-tiba seekor darinya hilang dari kumpulan gajah tersebut.
Makanan Popular Di Negeri Perak
Sebut sahaja tentang Negeri Perak, pasti ada yang terbayangkan tempat pelancongan menarik seperti Pulau Pangkor, Gua Tempurung, Kellie’s Castle, Royal Belum Rainforest dan berbagai lagi. Ada juga yang teringat dengan keenakan dan keunikan makanan yang ada.