25.5 C
Ipoh
Wednesday, 15 January 2025

Nasi Ganja Paling Laris Di Ipoh

- Advertisement -
- Advertisement -

Tidak lengkap persinggahan anda bila ke Ipoh, Perak jika tidak merasa salah satu makanan wajib cuba iaitu Nasi Ganja. Tanyalah mana mana orang Perak pasal cadangan makan best di Ipoh, 90% dari mereka akan mengesyorkan pada anda Nasi Ganja.

nasi ganja

Dulu sebelum kami cuba nasi ganja ni, kami keliru juga kenapa namanya nasi ganja? Resepinya mengandungi bahan terlarangkah? Hehehe. Itulah kata orang, belum cuba belum tahu. Sudah cuba, baru tahu. Rupanya nasi ganja ni punya rasa sangatlah sedap! Anda akan rasa nak makan, makan dan makan lagi. Boleh kata ketagih juga la nasi ganja ni. Punya sedap. Disebabkan ketagihan itulah mungkin menjadi penyebab dinamakan Nasi Ganja.

Dulu, ada juga khabar angin menyatakan resepi nasi ganja yang menyebabkan orang ketagih adalah dari penggunaan biji kaskas yang mungkin sebab itu orang mula memanggilnya nasi ganja. Tak tahulah ianya benar atau tidak. Cuma khabar angin yang tak dapat dipastikan kesasihannya.

Salah satu destinasi nasi ganja yang popular dan paling ramai dicadangkan orang Perak adalah di Restoran Yong Suan yang terletak berhadapan dengan Hotel Bajet Memori Ipoh. Nama restorannya adalah nama Cina, yang menyediakan menu masakan pula adalah orang India, Mamak dan Melayu. Nampak tak betapa 1 Malaysia diterapkan oleh restoran ini. Muafakat dan muhibbah.

Restoran nasi ganja ni tak pernah lengang. Lebih-lebih lagi pada waktu makan tengahari. Beratur sampai ke luar kedai menunggu giliran. Masing-masing sabar menunggu giliran. Dari luar kedai dah boleh bau kari dan rempah nasi ganja ni. Perut yang bekeroncong, beratur pula panjang sememangnya mengundang lapar teramat sangat dan boleh mengundang kemarahan jika ada yang potong barisan yang panjang.

Anda disarankan datang awal jika hendak menikmati keenakkan nasi ganja ni. Restoran ni taklah terlalu besar dan luas. Kadang kala terpaksa berebut meja dan kerusi. Jadi, dinasihatkan juga bila dah dapat meja, lepas sahaja siap makan, anda bolehlah beredar dengan gembira. Jangan lepak terlalu lama sebabnya ramai lagi yang menunggu meja untuk mereka menjamu selera. Lepak lama lama nanti boleh mengundang kemarahan pengunjung yang lain. Biarlah kita berbudi sebelum orang lain berbahasa.

Pada anda yang nak merasa keenakan dan ketagihan nasi ganja ni, anda bolehlah berkunjung ke Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, Ipoh. Terletak berhadapan dengan bangunan kuning yang merupakan Hotel Bajet Memori Ipoh.

- Advertisement -
Muhammad Fadil
Muhammad Fadil
Lebih dikenali sebagai Fadilpenyu. Berasal dari Dungun, Terengganu. Menetap di Ipoh,Perak. Kacak dan mahir berbahasa Melayu.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here