● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
07:00
Zohor
13:06
Asar
16:20
Maghrib
19:06
Isyak
20:15
Tokoh

Raja Azureen, Puteri Sulung Sultan Perak Ke 34

25 Mar 2019 · 1 min baca · 506 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Raja Azureen Binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah adalah merupakan puteri sulung dan juga anakanda kedua buat

Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34)

selepas kelahiran anakanda sulung Sultan Perak ke 34 iaitu Sultan Perak sekarang,

Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35)

.

Puteri sulung kepada

Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34)

ini dilahirkan di Pulau Pinang pada 9 Disember 1957. Raja Azureen adalah merupakan anak kedua daripada lima adik beradik yang mana dua daripadanya adalah lelaki manakala selebihnya adalah perempuan.

Raja Azureen

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Raja Azureen mendapat pendidikan rendah di Marion Convent, Ipoh, Perak. Kemudian, Engku Raja Azureen telah meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) yang terletak di Kuala Lumpur.

Raja Azureen

Engku Raja Azureen kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya di Universiti Syracuse yang terletak di luar negara iaitu New York, Amerika Syarikat. Berkat kesabaran dan ketekunan Engku Raja Azureen untuk berjaya dalam pendidikan, engku telah berjaya memiliki Ijazah Sarjana Sains (BSc) dalam bidang Matematik dan Ekonomi pada tahun 1979.

Raja Azureen

Setelah tamat pengajian di New York, Raja Azureen meneruskan lagi pengajiannya ke United Kingdom di peringat Ijazah Sarjana Muda pula. Pada kali ini, Engku Raja Azureen melibatkan diri dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pula. Engku menyambung pendidikan di Universiti London, England pada tahun 1982.

Raja Azureen

Raja Azureen telah mengikat cintanya apabila bernikah dengan YB Dato' Seri Mohammad Salleh bin Dato' Ismail pada 8 September 1979 di Kuala Lumpur. YB Dato' Seri Mohammad Salleh adalah seorang pegawai bank merangkap perunding perniagaan. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan empat cahaya mata.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.