Sayangkan budaya dan adat melayu, sesuatu yang wajar diangkat tinggi untuk mempertahankan martabat adat resam melayu yang semakin kian pudar warnanya umpama lunturnya warna dari kain yang semakin memutih.
Berita
Klinik Pakar Kulit Paling Popular Di Perak, Klinik Nagoke
Inilah tempatnya iaitu klinik yang menjadi bualan buah mulut orang ramai apabila setiap kali hendak berikhtiar untuk merawat apa juga jenis penyakit kulit. Untuk makluman anda, klinik ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai pada setiap hari. Mereka yang datang ke klinik ini adalah kebanyakannya mereka yang mempunyai pelbagai masalah penyakit kulit dan mereka juga datang dari merata lokasi tidak kira dekat dan juga jauh untuk merawat penyakit kulit mereka.
Lebuh Raya Tinggal Di Gua Tempurung Sejak 1996
Sepertimana yang kita diberitahu, kewujudan Gua Tempurung ini dipercayai telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu lagi. Ia juga pernah menjadi tempat tinggal untuk manusia mendapatkan perlindungan berikutan dengan adanya lukisan-lukisan purba yang ada di dinding gua batu kapur yang terbesar di semenanjung Malaysia ini.
Tandas 3D Parit Buntar Pertama Di Perak
Tandas yang berkonsepkan 3D telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) di daerah Parit Buntar, Perak. Terfikirkah anda bagaimana rupanya tandas 3D? Tandas 3D bukanlah satu perkara yang baru di negara kita cuma ianya mungkin kurang dibina secara menyeluruh kerana terdapat segelintir rakyat Malaysia kita sendiri yang tidak hargai harta dan kemudahan awam lantas mungkin mereka gemarkan keadaan persekitaran tandas awam yang tidak cantik dan tidak selesa.
Waris Pemilik Sah Kampung Kuchai Di Temui
Kampung Kuchai Ipoh Perak adalah sebuah penempatan awal Orang Melayu di Ipoh. Penempatan ini adalah titik permulaan kawasan yang membentuk Bandar Raya Ipoh hari ini. Penempatan ini dibuka oleh seorang Tokoh ternama dan seorang yang bertanggungjawab didalam pembangunan sosio dan ekonomi Orang Melayu didalam Negeri Perak suatu masa dahulu. Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Dato’ Sadewa Raja Ngah Abdul Wahab iaitu seorang Bangsa Raja.
100 Tahun Usia Pekan Beruas Pada 2018
Setiap bangunan lama yang ada sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan pergerakan zaman jika dilihat dari sudut seni bina yang dikenakan pada bangunan yang telah dibangunkan pada zaman tertentu. Rekaan dan seni bina yang ditonjolkan pada sesuatu bangunan itu sebenarnya ada 1,001 cerita untuk dikhabarkan kepada semua.
Tarian Poco-Poco Haram Hanya Di Perak Sejak 2011
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari 2011 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan.
Kisah Perak Sambut Aidilfitri Awal Sehari Pada Tahun 1983
Pada tahun 1983, buat julung pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari daripada negeri-negeri lain yang ada di Malaysia.
KD Maharaja Lela, Kapal Perang Halimunan Pertama Malaysia
Sejarah terukir apabila Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah berjaya melancar dan menamakan Kapal Tempur Pesisir Pantai Gowind pertama negara ini. Upacara ini berlansung di Limbungan Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) Lumut pada 24 Ogos 2017. Kapal pertama dalam kelas ini dinamakan sebagai KD Maharaja Lela.
Kota Belanda Yang Hilang Di Teluk Intan Telah Ditemui
Ramai daripada kita yang tahu dengan kewujudan kubu Belanda di Pulau Pangkor dan pengkalan perdagangan Belanda di muara Sungai Dinding. Namun tidak ramai yang tahu akan kewujudan kubu dan pengkalan Belanda di Pangkalan Halban, Tanjung Putus.