● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Pelancongan

Gerbang Malam Dan Pasar Karat Ipoh (LOKEN)

15 Aug 2019 · 2 min baca · 1,279 ·Oleh Muhammad Fadil

Jika singgah di Ipoh, tidak lengkap buat persinggahan anda jika tidak berkunjung ke dua tempat yang cukup popular dan menarik ini, iaitu Gerbang Malam dan juga Pasar Karat Ipoh atau lebih dikenali sebagai Loken.

Mesti anda dapat bayangkan apa itu Gerbang Malam dan Pasar Karat bukan? Sebut sahaja Gerbang Malam, setiap rakyat Perak tahu tidak kira mereka di hulu atau hilir Perak. Gerbang Malam namanya cukup gah untuk menggambarkan Ipoh. Untuk siapa yang sedang mencari kedudukan Gerbang Malam, ianya terletak betul-betul di Jalan Tahwil Azhar. Anda boleh gunakan perisian Google Map ataupun Waze untuk mendapatkan lokasi sebenar jika hendak ke sana dari lokasi anda.

gerbang malam

Gerbang Malam beroperasi setiap hari bermula seawal jam 8 malam dan berakhir pada sekitar jam 3 pagi. Konsepnya adalah seperti uptown market yang popular di sesetengah tempat yang lain. Disana, terdapat pelbagai gerai yang menjual pakaian, kasut, bag, alat solek, alat mainan, barang perhiasan diri dan macam-macam lagi. Apa yang istimewanya terdapat gerai yang menjalankan aktiviti urutan refleksologi dan urutan kaki. Sesuai lah sangat bila dah lenguh berjalan menyelusuri deretan gerai, bolehlah singgah untuk meredakan lenguh kaki tu bukan?

pasar karat

Pasar Karat Ipoh atau lebih dikenali sebagai Loken pula terletak di Jalan Horley (Gerbang Memory Lane). Loken ni sememangnya lokasi yang sangat dicadangkan kepada sesiapa yang datang berkunjung ke Ipoh. Di Loken terdapat pelbagai barangan lama yang boleh dibeli untuk koleksi peribadi dan peringatan. Disini adalah syurga buat pengumpul barangan lama. Ewah diorang acah-acah macam mat salleh gitu! Loken juga amat digemari oleh photographer jalanan untuk mengabadikan situasi indah dan suasana hiruk pikuk antara peniaga dengan pengunjung yang datang dari pelbagai tempat. Ia juga menjadi tempat tumpuan pelancong dari luar negara. Waktu Loken beroperasi adalah seawal jam 7 pagi sehingga ke sekitar 1 petang. Lokasi lama pasar ini berdekatan dengan Bazar Lam Look King (Jalan Laxamana) dan dipanggil Pasar Lam Looking pada waktu dahulu kerana ia berdekatan dengan bazar ini. Setelah diubah ke lokasi baru (lokasi sekarang) nama itu terus kekal. Anda tahu serba sedikit mengenai sejarah Pasar Karat Ipoh atau Loken ni? Anda boleh lah berkongsi maklumat kepada kami tentang sejarah maupun tempat-tempat yang menarik di tempat anda. Jangan lupa, sekiranya anda berkunjung ke Ipoh, datanglah berkunjung ke dua tempat ini ya!

Muhammad Fadil
Muhammad Fadil
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.