32.9 C
Ipoh
Saturday, 13 July 2024

Asal Usul Nama Sitiawan

- Advertisement - Advertisement
- Advertisement - Advertisement

Sitiawan atau ejaan alternatif Setiawan merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam daerah Manjung, negeri Perak. Bandar-bandar yang berdekatan dengannya ialah Lumut, Ayer Tawar, Kampung Gajah, Tronoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, dan Ipoh.

Sejarah Awal Nama Sitiawan

Sejarah awal di Sitiawan mendapat nama dikatakan berasal dari sekawan gajah yang melalui kampung ini dan tiba-tiba seekor darinya hilang dari kumpulan gajah tersebut.

Asal Usul Nama Sitiawan

Seekor dari gajah jantan telah pergi mencari kawannya itu, rupa-rupanya seekor gajah betina telah tersangkut di dalam Sungai Dindings. Gajah betina itu cuba bergerak tetapi makin lama makin tenggelam.

Gajah jantan setia menunggu kawannya dan cuba membantu. Akhirnya kedua-dua gajah itu mati dalam sungai itu.

Kampung Setia Kawan

Pada mulanya kampung tersebut digelar Kampung Gajah Mati. Namun kemudian ditukarkan namanya kepada Kampung Setia Kawan sempena peristiwa kematian dua ekor gajah itu itu. Bermula dari Setia Kawan, lama-kelamaan sebutannya berubah menjadi Setiawan dan akhirnya sebutan berubah menjadi Sitiawan.

Pada Abad ke 19, Kampung ini berkembang menjadi pusat pentadbiran daerah Dindings. Iaitu sekitar 1870an, kapal-kapal wap memasuki pelabuhan yang menguruskan eksport bijih timah dan getah. Pentadbiran pelabuhan ketika itu adalah di bawah Kerajaan Residen Inggeris di Pulau Pinang.

Ada juga makluman yang mengatakan bahawa individu yang bernama Haji Daud adalah salah seorang nama dari pengasas kawasan (Asal Kampung Setiawan) bersama-sama dengan sepupu beliau serta orang-orang Acheh dan orang-orang Kelantan seperti Haji Mohd Ali.

Haji Daud Bin Osman dikatakan berketurunan bugis yang berasal dari Kuala Selangor telah membuka kawasan yang dinamakan sebagai Tebuk di Negeri Perak. Beliau telah membuka kawasan Tebuk dan kemudian bermastautin di sana.

Ekonomi Mula Rancak

Kehadiran masyarakat Cina yang berhijrah dari Negara China ke kawasan ini memajukan lagi kawasan ini. Ekonomi yang rancak seterusnya memajukan bahagian Simpang Empat dan menjadi bandar.

Kini Bandar Sitiawan terdiri dari Sitiawan, Seri Manjung, Lumut dan Pelabuhan Lumut berkembang pesat menjadi daerah Manjung daerah yang paling membangun di dalam Negeri Perak.

Sitiawan merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Manjung, negeri Perak. Bandar-bandar yang berdekatan dengannya ialah Lumut, Ayer Tawar, Kampung Gajah, Tronoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota dan Ipoh.

Setia dan Kawan dari Peristiwa Gajah

Nama bandar ini dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Bahasa Melayu, iaitu Setia dan Kawan, yang telah disingkatkan menjadi Setiawan dan akhirnya disebut sebut sebagai Sitiawan.

Penutup

Satu fakta yang menarik. Tahukah anda, pemimpin komunis, Chin Peng dilahirkan di Kampung Koh. Banyak kampung baru telah dibakar oleh komunis semasa zaman darurat. Namun Chin Peng menafikan semua itu angkara pasukannya. Biasalah, siapa yang nak mengaku salah kalau dah buat salah kan?

Begitulah asal usul Sitiawan mendapat nama. Saya sebagai penulis juga pernah menetap selama 8 tahun di sini dan terdapat banyak juga tempat menarik yang ada di sini. Saya juga dapat melihat pembangunan yang telah berlaku sepanjang saya menetap disini.

- Advertisement - Advertisement
Muhammad Fadil
Muhammad Fadil
Lebih dikenali sebagai Fadilpenyu. Berasal dari Dungun, Terengganu. Menetap di Ipoh,Perak. Kacak dan mahir berbahasa Melayu.
Terkini
- Advertisement - Advertisement

Moh baca!

Related news
- Advertisement - Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here