Sebelum kedatangan British dan penjajah lain di Semenanjung Tanah Melayu, telah terdapat kerajaan-kerajaan Melayu yang mempunyai kedaulatan penuh ke atas negeri, kerajaan dan rakyatnya. Namun sewaktu British mula bertapak dan mencampuri pentadbiran didalam Negeri Perak, maka terbentuklah pengubalan akta-akta dengan memperkenalkan sistem pentadbiran dari barat yang kononnya selari dengan sistem pentadbiran tradisional Melayu pada ketika itu.
Tujuan dan matlamat asas British ketika itu ingin membentuk satu konsep negara-negara yang baru, yang tidak lagi berasaskan Melayu, tetapi Malayan. Dalam dasar ini, British menolak secara tegas semua unsur politik tradisional Tanah Melayu, dengan menggantikannya dengan unsur-unsur perundangan dan struktur British demi kepentingan kuasa-kuasa mereka di Tanah Melayu.
Sebagai satu fakta umum yang ramai, bahkan banyak orang yang tidak mengetahui iaitu soal sejarah hal kerakyatan diwaktu itu, ia adalah salah satu perkara yang paling ketara dan sangat jelas sekali dapat dillihat mampu menghilangkan kuasa politik orang Melayu, contohnya seperti yang dikatakan oleh seorang pakar sejarah iaitu Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim yang menyatakan fakta dan status kerakyatan bagi Ong Boon Hua.
- Chin Peng, Beliau lahir pada 21 October 1924 di Sitiawan, Daerah Dinding didalam Negeri Perak.
- Dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya(PKM) ketika berusia 23 tahun bagi mengantikan Setiausaha Agung sebelumnya Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand.
- PKM dibawah pimpinannya menjadi semakin militant, menyerang lading getah dan gudang milik British.
- Dianggar seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 orang cedera.
- Ramai perajurit yang cacat anggota kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini.
- Dikalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 orang terbunuh,1,385 cedera dan 810 orang ditawan komunis.
- Kematian pihak gerila komunis pula ialah 6,710 orang dan yang ditawan pula seramai 3,989 orang.
- Pada tahun 1955,PKM meminta satu rundingan diadakan( dikenali sebagai Rundingan Baling) namun menemui kegagalan kerana Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan pihak kerajaan enggan mengiktiraf PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.
- PKM yang semakin lemah telah diasak semakin jauh ke dalam hutan,sehinggakan kadang kala tersingkir keluar daripada Malaysia,khususnya di sempadan Malaysia/Thailand.
- Perjanjian Haadyai 1989, merupakan perjanjian damai antara PKM,kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand Ahli PKM diterima sebagai warga Malaysia dan boleh kembali ke Tanah air.
Diatas kenyataan Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim, Chin Peng bukan berstatuskan rakyat Malaysia, sebaliknya bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu berkerakyatan British.
Ini berdasarkan diatas fakta sejarah kelahirannya. Chin Peng dilahirkan di Setiawan pada pada tahun 1923 yang ketika itu Setiawan juga berada didalam Daerah Dinding dan Daerah Dinding ketika itu adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat yang merupakan tanah jajahan British. Maka sesiapa saja yang lahir didalam Jajahan Mahkota British adalah rakyat Britain. Sejak pada tahun 1826, Dinding telah menjadi sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan diserahkan kembali kepada Kerajaan Kesultanan Negeri Perak pada awal 1930-an. Berlainan pula bagi Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura . Pada tahun 1867 sehingga 1941 masih menjadi tanah kekuasaan kerajaan jajahan Mahkota British.
“Maka fakta ini sungguh jelas, bahawa Chin Peng adalah rakyat Britain dan bukannya rakyat Malaysia,” inilah kenyataan kepada media ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak diatas isu menyokong hasrat bekas pemimpin PKM itu untuk kembali tinggal di Malaysia pada 28 Mei tahun 2009, dimana hasrat Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenar- kan Chin Peng kembali semula ke negara ini atas dasar kemanusiaan kerana beliau bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara ketika itu bagi.
Namun hasrat Teng itu tadi mendapat tentangan keras daripada pelbagai pihak terutama persatuan-persatuan bekas anggota polis dan tentera yang mana sanak-saudara dan rakan seperjuangan terbabit secara langsung dan menjadi mangsa kekejaman komunis terutama ketika era darurat antara 1948 hingga 1960 dan akhirnya cubaan Chin Peng untuk balik dan menetap di negara ini gagal melalui fakta dan sistem perundangan negara ini, dan ditolak mahkamah bagi mengelakkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era darurat.
Sedikit kenyataan ringkas perbandingan berhubungkait tentang akta-akta dan sistem pentadbiran sebelum penjajahan British keatas Tanah Melayu. Misa Melayu merupakan salah satu hikayat yang dihasilkan oleh kerajaan Melayu Perak yang sangat berbeza daripada hikayat-hikayat Melayu yang lain kerana bukan sahaja nama pengarangnya tercatat dengan jelas, tetapi juga peristiwa-peristiwa yang ditulisnya itu tidak berkecenderong sepunuhnya kearah bersifatkan metos atau legenda.
Sejarah yang berlaku selari dengan dokumen-dokumen sejarah pada awal kurun ke-19 (1836), iaitu beberapa dekad sebelurn carnpur tangan British di Perak. Dalarn Misa Melayu ini tercalat dengan jelas struktur dan hiraki kerajaan Melayu dengan segala sistem yang menyokong dari segi politik, ekonorni dan sosial. Dalarn sistern politik, jelas sekali kerajaan Perak hanya diketuai oleh seorang Raja yang dilantik secara disahkan dengan satu sistem penabalan yang penuh dengan adat istiadat Melayu dan alat-alat kebesarannya. Raja merupakan pusat segala aktiviti kerajaan dengan dibantu oleh pernbesar-pernbesar yang dilantik oleh Nya. Namun sifat rakyat Melayu Perak ketika itu amat menyokong institusi Raja. Raja Perak adalah Raja yang berdaulat, Baginda mempunyai rakyatnya sendiri dan rakyatnya dikenali dan berstatuskan sebagai berstatuskan Rakyat Raja.
Didalam konsep rakyat Raja, kesetiaan kepada Raja yang memerintah menjadi dasarnya dan ia meliputi seluruh genap lapisan masyarakatnya terutama orang Melayu dan orang asli yang tinggal disepanjang sungai, yang mernbentuk sernpadan negeri tersebut. Kesetiaan Rakyat Raja yang tidak berbelah bahagi menjadi ciri utama sebagai kerakyatan Raja Negeri Perak atau lebih tepat kata konsepnya, ‘RAJA ADALAH UNDANG-UNDANG BAGI RAKYAT’.
Ketika itu berlaku juga hubungan luar negeri seperti dengan Belanda dan perdagangan juga dijalankan dengan kemasukkan bangsa-bangsa dari luar. Orang luar tetap dianggap berbeza daripada Rakyat Raja. Misalnya dalam hubungan perdagangan bijih timah di antara Holland (Belanda) dengan Kesultanan. Perak, didapati Sultan Iskandar telah meletakkan mereka di satu tempat yang khas iaitu di Pangkalan Halban dengan ketuanya dikenal sebagai Kapitan Holland. Hubungan antara mereka berlaku sebagai satu kuasa dengan sebuah kuasa lain dan sebagai orang luar, wajib akur kepada peraturan kebudayaan Perak.
Contohnya Pir Muhamad, seorang jurubahasa Syarikat Holland telah cuba menjadi rakyat Sultan Iskandar. Namun kesetiannya ditolak oleh Sultan Iskandar yang melihatnya sebagai orang luar yang tidak menghormati adat istiadat Raja Melayu. Begitu juga perbezaan diantara Rakyat Raja dengan penduduk luar dari daerah yang lain. Ia begitu jelas didalam masyarakai Melayu Perak. Contohnya, sewaktu pembinaan kota dan bandar Pulau Chempaka Sari. Raja Chulan telah membezakan mereka dengan Rakyat Perak dengan berkata kepada mereka.
Hanya mereka yang menerima ketuanan Raja yang memerintah tanpa ada soal jawab juga menerima apa sahaja perintah Raja untuk memberi kesenangan kepada Raja Melayu dan juga boleh dikerah pada bila-bila masa untuk membuat apa sahaja yang dikehendaki sahaja diterima sebagai Rakyat Raja.
Ini bermakna sistem berciri-cirikan melayu tradisional ini bukanlah juga sewenang-wenangnya menerima orang luar itu sebagai Rakyat Raja itu dengan mudah. Jika disemak didalam sistem politik tradisional Melayu, kuasa istimewa Raja Melayu itu juga telah diserahkan kepada para pembesar bergelar dan penyokongnya, dengan bersistemkan Pembesar-Pembesar Melayu 4, 8, 16 dan 32. Merekalah yang menjalankan kuasa pentadbiran sebenarnya, sama ada dalam menasihati raja ataupun mengendalikan bahagian-bahagian pentadbiran tertentu, mentadbir jajahan takluk, daerah atau mukim Negeri Perak.
Berkonsepkan Raja Mutlak tidak berlaku didalam sistem politik tradisional. Pengenalan sistem pentadbiran barat ini sebenarnya proses pengambil alihan kuasa Pembesar Melayu yang selama ini diserahkan oleh sultan menjadi milik kedudukkan British. Golongan Pembesar-Pembesar Melayu yang
menduduki hieraki kedua masyarakat Melayu tradisional telah digantikan dengan pegawai-pegawai Inggeris yang didatangkan terus dari England. Bermula dari Residen, Penasihat British, Hakim Penasihat Kewangan, ketua-ketua jabatan diperingkat negeri dan Persekutuan sehinggalah kepada pegawai-pegawai tentera dan polis, telah dipenuhi oleh pegawai Inggeris. Pembesar-pembesar Melayu itu telah dibersara-kan sebagai ganti anak-anak pembesar melayu dididik dengan sistem pendidikan dan nilai-nilai British di Maktab Melayu Kuala Kangsar sehingga mereka boleh menjadi pro kepada sistem pentadbiran kolonial itu sebagai pentadbiran kelas dua dan pada masa yang sama, anak-anak Pembesar Melayu itu tidak akan menentang British tetapi sebaliknya bekerjasama dengannya.
Rakyat Raja yang menjadi teras kerakyatan Negeri-negeri Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu sebelum kedatangan British telah diubah sedikit demi sedikit berteraskan sifat Malayan. Usaha ini sangat jelas dengan pengenalan kerajaan Malayan Union pada tahun 1946. Namun bantahan orang Melayu telah dapat mengembalikan semula kedudukan pra-1941, walaupun terdapat peruntukan menjadikan orang bukan Melayu sebagai Rakyat Persekutuan, terutama bagi hekas Negeri-negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Jumlahnya adalah 10 peratus.
Rang Undang-undang Perjanjian Perlembagaan (Pindaan) 1952 pula telah membentuk State Nationality yang membawa masuk orang bukan Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu melalui Kuatkuasa Undang-undang. Rang Undang-undang Perlembagaan Merdeka 1957 pula telah menggunakan dasar jus soli dengan cara yang sangat terbuka, dan syarat kemahiran bahasa Melayu yang lebih longgar.
Didalam ertikata sebenar Rakyat Raja telah dihilangkan buat selama-Iamanya. Ia hanya mengambit masa 10 tahun sahaja untuk British merancang ketika itu bagi merangka matlamat mereka hari ini mendapatkan kerakyatan sama rata bagi semua bangsa yang lahir dan yang berminat untuk menetap MALAYSIA pada hari ini.
Kain batik negeri seberang, Dipakai pula anak Melayu,
Bagaimana hendak menyayang, Menerima saja memberi tak tahu.
Laju, laju, perahu laju, Lajunya sampai ke Surabaya,
Lupa kain terlupakan baju, Asal Usul jangan nanti dilupa.
Anak dagang ke Kuala Muar, Kasihnya orang tempat bertaut,
Adat Kitabullah berkata benar, Barulah Imam, Makmum mengikut.
Padi merbuk padi Aceh, Hendak dijual di tengah pekan,
Jika habuk boleh dibersih, Dari dibiar biar buat perhiasan.
-tokchangkatlanggor-