James Wheeler Woodford Birch atau lebih dikenali sebagai J.W.W. Birch telah memegang jawatan sebagai Residen British yang pertama di Perak pada tahun 1874. J.W.W. Birch dilahirkan pada 3 April 1826 dan bapanya yang bernama Reverend James Wheeler Birch adalah merupakan seorang paderi di gereja All Saints di Hertford, England. Birch pernah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja British buat seketika, dan ditugaskan berkhidmat di atas kapal HMS Alfred yang ditugaskan meronda pantai di Amerika Selatan.
british
Siapakah Orang Inggeris Pertama Yang Mendaki Bukit Larut?
Jika berkunjung ke Taiping, sudah tentu ramai yang mengetahui akan kewujudan Bukit Larut sebagai sebuah tempat yang berhawa dingin dan mendamaikan selain mempunyai permandangan yang indah. Dari atas puncak bukit yang dahulunya dikenali Maxwell Hill ini pengunjung dapat melihat permandangan bandar Taiping dan jika bernasib baik pada hari yang cerah, Pulau Pinang di utara dan Pulau Pangkor yang berada di selatan turut dapat dilihat dari kejauhan. Maklumat selanjutnya mengenai Bukit Larut anda boleh baca dengan klik link disini.
Raja Chulan Orang Melayu Pertama Dilantik Dalam Pentadbiran British
Raja Chulan yang akan disentuh dalam artikel kali ini merupakan orang Melayu pertama yang dilantik menjadi sebagai pegawai tinggi dalam pentadbiran British iaitu Malayan Civil Service (MCS).
Markas Terakhir British Di Perak
Empayar British merupakan empayar paling besar yang pernah wujud dalam sejarah dan bagi masa yang lama menjadi kuasa dunia utama. Empayar ini merupakan hasil daripada Zaman Penemuan Eropah yang bermula dengan penerokaan maritim pada abad yang ke 15 dalam era penjajahan kuasa Eropah.
Kisah Perang Antara British Dan Perak Pada 1875
Ramai yang mengetahui kisah terkenal kebangkitan orang Melayu Perak menentang campur tangan British dalam pemerintahan negeri Perak yang berakhir dengan peristiwa pembunuhan Residen British Pertama di Perak iaitu J.W.W Birch.
Kenali Pemerintah Mukim Lambor Sebelum Penjajahan British
Sebenarnya, British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula sejak dari 11 Ogos 1786 lagi apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura pula melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris dengan Belanda pada tahun 1824 pada asalnya membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.
Bagaimana Jawatan Residen British Di Perak Dimansuhkan?
Sistem Residen mula wujud dan digunakan dalam sistem pentadbiran negeri Perak selepas Perjanjian Pangkor dimanterai pada tarikh 20 Januari 1874 oleh British dengan Almarhum Sultan Abdullah (Sultan Perak ke 26). Negeri Perak adalah negeri yang pertama menerima Residen British kemudian diikuti oleh negeri Selangor, Negeri Sembilan dan negeri Pahang.
Kisah Rumah Residen British Di Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar
Bangunan rumah Residen Perak yang diceritakan dalam artikel kali ini terletak di atas Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar Perak. Sebelum ini dikenali dengan nama Changkat Residen dan sebelum itu juga, bukit tersebut dikenali dengan nama Bukit Cik Midah.
Anak JWW Birch, Residen British Perak Ke 6
Rata-rata, ramai rakyat Malaysia tahu akan siapakah individu yang bernama James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) tetapi tidak ramai yang tahu tentang siapakah sebenarnya individu yang bernama Ernest Woodford Birch.
Pertempuran Jepun Dan British Di Slim River Pada 1942
Pertempuran Slim River berlaku sewaktu Perang Dunia Kedua pada awal Januari 1942. Peristiwa ini melibatkan pertempuran diantara Tentera Empayar Jepun dengan Tentera British India di Trolak dan Slim River, Perak.