● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Residen Pertama British Di Perak

04 Apr 2019 · 2 min baca · 335 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

James Wheeler Woodford Birch atau lebih dikenali sebagai J.W.W. Birch telah memegang jawatan sebagai Residen British yang pertama di Perak pada tahun 1874. J.W.W. Birch dilahirkan pada 3 April 1826 dan bapanya yang bernama Reverend James Wheeler Birch adalah merupakan seorang paderi di gereja All Saints di Hertford, England. Birch pernah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja British buat seketika, dan ditugaskan berkhidmat di atas kapal HMS Alfred yang ditugaskan meronda pantai di Amerika Selatan.

Pada November 1874, J.W.W. Birch telah dilantik menjadi sebagai Residen British yang pertama di Perak. Antara tugasnya adalah mengutip cukai dan mentadbir negeri Perak. Birch mentadbir negeri Perak tanpa mengambil tahu akan peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan dan adat-adat resam orang melayu. Beliau juga tidak berusaha belajar dan tidak hormat akan adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Birch sendiri telah mengeluarkan arahan untuk menuntut semua hasil cukai dan pendapatan negeri yang dikutip pegawai kerajaan. Hukuman yang berat akan dikenakan kepada mereka yang mengutip cukai tanpa mengikut peraturan oleh British. Tindak tanduk Birch dan kehadirannya tidak menyenangkan orang-orang Melayu. Beliau juga mendapat tentangan hebat dari Sultan Abdullah yang pada ketika itu merupakan Sultan Perak di bawah pemerintahan British.

menara peringatan jww birch

Residen British yang pertama ini terus bertindak agresif dan mentadbir dengan bantuan polis untuk menakutkan orang. Dato Maharaja Lela and Datuk Sagor yang dikenali sebagai Seri Agar, ketua Kampung Gajah membantah arahan dari Birch dan pegawai-pegawainya. Pada 1 November 1875, Birch dan kumpulannya sampai di Pasir Salak dan orang melayu sudah bersiap sedia dengan bersenjata ketika itu berkumpul di tepi sungai berhampiran dengan bot Birch.

jww birch

Birch telah dibunuh ketika sedang mandi di dalam tandas rakit di sebuah sampan pegawai British. Birch telah dibunuh dengan kerjasama Dato Maharaja Lela dan rakan-rakannya iaitu Datuk Sagor, Siputum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor dan lain-lain. Residen British itu dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875. Turut terbunuh, Mat Arshad yang bekerja sebagai kerani Birch dalam serangan tersebut.

menara peringatan jww birch

Menara peringatan Birch telah dibina pada tahun 1909. Menara ini dibina bertujuan untuk memperingati J.W.W. Birch yang telah mati dibunuh oleh Dato' Maharajalela dan pengikutnya di Pasir Salak. Menara peringatan tersebut adalah merupakan sebuah menara jam yang berbentuk segi empat. Ia dibina oleh pihak British dengan kos sekitar RM25,000 dan dihiasi dengan ilustrasi unik yang menggambarkan perkembangan tamadun manusia. Ianya boleh dilihat dengan jelas pada bahagian tengah setiap segi menara tersebut.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.