32.5 C
Ipoh
Sunday, 5 October 2025

Nilai Sentimental Jambatan Nordin Di Parit

- Advertisement -
- Advertisement -

Jambatan Nordin memainkan peranan yang amat penting dalam menghubungkan jalan antara Pekan Parit dan Tanjung Belanja yang juga merupakan laluan kalan Ipoh ke Bruas.

Jambatan Nordin ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat penduduk di sekitarnya kerana pada asalnya, ia hanya berkerangka besi dan berlantaikan kayu sahaja. Pada waktu itu, jambatan itu juga dipanggil sebagai Jambatan Bailey.

Jambatan Bailey ialah sejenis jambatan mudah alih pasang siap yang mempunyai kekuda. Jambatan jenis ini dibangunkan oleh pihak British untuk kegunaan tentera semasa Perang Dunia Kedua dan banyak digunakan oleh unit-unit askar jurutera British dan Amerika Syarikat.

jambatan nordin lama

Apabila lalu sahaja di jambatan itu dengan kenderaan, bunyinya boleh kedengaran dari jauh. Sebuah jambatan Bailey memiliki kelebihan kerana pembinaannya tidak memerlukan peralatan khas atau pun berat.

jambatan nordin baru

Bahagian-bahagian kayu dan besi bersaiz kecil dan ringan agar dapat diangkut menggunakkan lori dan kemudian dipasang dengan tangan tanpa penggunaan kren.

Jambatan Bailey ini amat kukuh dan dapat menampung kereta kebal. Jambatan-jambatan Bailey masih kekal digunakan secara meluas dalam projek-projek pembinaan awam dan bagi menyediakan tempat laluan sementara buat pejalan kaki dan kenderaan.

Pada 10 September 1955, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Yussuf Izzudin, telah merasmikan pembukaan jambatan ini. Jambatan sepanjang 238.40 meter dengan lebar 3.30 meter dibina merentasi Sungai Perak untuk menghubungkan Mukim Belanja dengan kawasan sekitarnya.

Sultan Perak menamakan jambatan ini sebagai Jambatan Nurudin bagi mengenang jasa dan bakti yang telah dibuat oleh Dato’ Setia Nurudin, terutama semasa berlakunya banjir besar pada tahun 1926.

perasmian jambatan nordin baru

Seiring peredaran masa, jambatan asal digantikan dengan jambatan baharu yang lebih kukuh dan selamat. Perasmian jambatan baharu telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah pada 7 Jun 1999. Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar Perak ketika itu, YAB Tan Sri Dato’ Seri Ramli Bin Ngah Talib, serta Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato’ Seri S. Samy Vellu.

📢
Jangan terlepas berita terkini kami! Sertai saluran rasmi WhatsApp Channel Orang Perak sekarang.
Klik & Sertai Sekarang
- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here