Pusat R&D Biji Benih Sauk, Perak Terbesar Di Asia Tenggara

Syarikat pengeluar biji benih pertanian terkemuka antarabangsa dari Belanda iaitu syarikat Enza Zaden secara rasmi telah membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terbesar di Asia Tenggara di Sauk, Perak pada 30 Mac 2018 yang lalu.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, syarikat dari Belanda ini sebenarnya adalah antara 6 syarikat gergasi dunia dalam penghasilan biji benih tanaman. Mereka memiliki 22,000 orang pekerja di seluruh dunia telah melaburkan RM50 juta di Malaysia bagi operasi pengeluaran mereka di Sauk, Kuala Kangsar.

Ibu pejabat syarikat ini dibuka di Bukit Minyak, Pulau Pinang dan ia dijadikan sebagai pusat logistik bagi seluruh Asia Tenggara. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah Duta Besar Belanda ke Malaysia.

Pusat R&D Biji Benih Sauk, Perak Terbesar Di Asia Tenggara

Pusat penyelidikan yang di­khususkan untuk kajian biji benih sayur-sayuran tropika ini telah diba­ngunkan di kawasan seluas 20 hektar di Kampung Biong yang terletak di Sauk, Kuala Kangsar dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Ketua Pegawai Eksekutif Enza Zaden yang bernama Jaap Mazereeuw ada menyatakan bahawa pusat penyelidikan yang dibangunkan ini dilengkapi dengan rumah hijau untuk kajian benih selain fasiliti bangunan sokongan. Menurutnya lagi, pusat penyelidikan tersebut membangunkan biji benih sayur baharu yang bertujuan meningkatkan penghasilan dan kualiti tanaman.

Pusat R&D Biji Benih Sauk, Perak Terbesar Di Asia Tenggara

Oleh yang demikian, sudah tentu para pekebun akan mendapat faedah daripada penghasilan biji benih yang bermutu tinggi kerana ia dapat meningkatkan hasil pendapatan selain produk yang dipasarkan juga amat berkualiti.

Sya­rikat Enza Zaden dari Belanda ini diasaskan daripada perniagaan keluarga dan terbukti mereka mempunyai pengalaman dalam menghasilkan biji benih pertanian yang amat berkualiti tinggi sejak 80 tahun yang lalu sejak mula beroperasi.

Pusat R&D Biji Benih Sauk, Perak Terbesar Di Asia Tenggara

Negara kita Malaysia terpilih sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan mereka kerana negara kita bukan sahaja terletak dalam lokasi yang amat strategik malah ia adalah lokasi yang tepat untuk dijadikan sebagai pusat kajian dan logistik biji benih di seluruh Asia Tenggara.

Dengan pembukaan pusat penyelidikan dan pembangunan ini, secara tidak langsung ia adalah merupakan ibu pejabat syarikat Enza Zaden di rantau ini, dan menjadi lokasi pusat pusat penyelidikan dan pembangunan serta hab logistik untuk seluruh permintaan dari Asia Tenggara.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here