24.9 C
Ipoh
Sunday, 13 October 2024

Keadaan Terkini Makam Dato Sagor Yang Terbiar

- Advertisement -
- Advertisement -

Semua orang kenal dengan nama Dato Sagor yang disanjung tinggi dalam masyarakat melayu negeri Perak pada satu ketika dahulu kerana jasanya dalam menentang penjajah. Sedarkah anda bahawa Dato Sagor itu sebenarnya adalah gelaran sahaja yang dikatakan berada pada susunan ketujuh dalam senarai Orang Besar Delapan negeri Perak.

Jika anda pembaca setia orangperak.com tidak tahu, nama sebenar kepada Dato Sagor yang kita kenali sekarang ini dalam perjuangannya menentang penjajah dan terlibat dalam gerakan membunuh residen British pertama di Perak adalah sebenarnya bernama Ngah Kamdin.

Keadaan Terkini Makam Dato Sagor Yang Terbiar

Seperti yang kita tahu, Ngah Kamdin atau lebih dikenali dengan nama gelarannya Dato Sagor ini ditangkap oleh pihak Inggeris kerana beliau adalah salah seorang yang telibat dalam gerakan membunuh residen British pertama di Perak iaitu JWW Birch.

Namun dalam artikel yang diterbitkan di orangperak.com kali ini bukanlah untuk memperkenalkan kembali siapakah Dato Sagor, tetapi ingin memaparkan keadaan terkini pusaranya yang mungkin terlepas pandang oleh penduduk setempat, waris ataupun jabatan yang berkenaan. Namun, jika anda ingin lebih tahu tentang Dato Sagor, sila ke artikel “Asal Usul Dan Sejarah Nama Dato Sagor” untuk ulasan lanjut.

Keadaan Terkini Makam Dato Sagor Yang Terbiar

Binaan bumbung astaka makam Dato Sagor telah roboh

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, tercatat pada papan tanda makam Dato Sagor tentang pemuliharaan semula makam tersebut telah dijalankan pada 1976 oleh Jabatan Muzium. Namun, ramai yang lontarkan rasa curiga kenapa usaha pemuliharaan yang dijalankan tidak berterusan dan hanya dibuat apabila ada majlis tertentu sahaja.

Ayuh kita sama-sama berfikir dan pandang kepada beberapa isu yang mungkin boleh dijadikan faktor utama terhadap permasalahan ini. Ada pendapat dari pembaca setia orangperak.com yang menyatakan bahawa mungkin tiada sumber kewangan yang diturunkan dari kerajaan negeri kepada jabatan yang sepatutnya untuk menguruskan makam-makam lama ini.

Keadaan Terkini Makam Dato Sagor Yang Terbiar

Pintu masuk kawasan Makam Dato Sagor

Selain daripada itu, ada juga diantara pembaca kami yang menyatakan bahawa mungkin penduduk setempat juga terlepas pandang akan hal ini dan oleh yang demikianlah perkara ini tidak dipanjangkan kepada jabatan yang sepatutnya mengambil berat terhadap nasib makam-makam lama pejuang dan kebanggaan negeri Perak.

Moh imbas kembali sejenak berkenaan dengan sewaktu kami dari team orangperak.com pergi mencari kubur residen British pertama di Perak iaitu JWW Birch dan artikel bertajuk Kisah Kubur Asal JWW Birch Yang Terbiar telah kami terbitkan pada 29 April 2017 yang lalu.

Kami percaya isu makam-makam lama yang ditinggalkan tanpa dibela ini adalah berpunca daripada pemansuhan Akta Benda Purba 1976 dan Akta Harta Karun 1957 yang digantikan dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan berkuat kuasa sejak 1 Mac 2006.

Keadaan Terkini Makam Dato Sagor Yang Terbiar

Kubur sebelah kubur Dato Sagor

Akta Warisan Kebangsaan 2005 bertujuan untuk memberi perlindungan kepada semua aspek warisan secara menyeluruh dan bersepadu yang sebelum ini tidak ada dalam mana-mana perundangan persekutuan dan negeri. Akta ini merangkumi skop yang lebih luas merangkumi aspek Warisan Budaya (cultural heritage), Warisan Semula-jadi (natural heritage) termasuk Warisan Ketara (Tangible Heritage) dan Warisan Tak Ketara (intangible heritage). – rujukan petikan ini di KKMM

Berdasarkan penerangan ringkas berkenaan dengan tujuan Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang dinyatakan diatas, ianya jelas menunjukkan skopnya terlalu luas kepada semua aspek warisan secara menyeluruh. Perkara ini seharusnya disemak kembali untuk penambahbaikan demi membela nasib makam-makam lama yang punyai potensi sebagai produk pelancongan dan kecilkan skop serta fokus dan tidak diuruskan secara menyeluruh.

Jika ia dipandang kepada semua aspek warisan secara menyeluruh, maka berlakulah alasan terlepas pandang yang mungkin nampak remeh, tetapi kita harus ingat bahawa impaknya dalam 10 tahun ke 20 tahun yang mendatang akan membawa dan terus sumbangkan negara dengan masyarakat yang buta sejarah.

Disini, kami dari orangperak.com menyeru dan merayu kepada semua orang agar kita yang masih hidup pada hari ini seharusnya sedar dan lebih peka terhadap hal pemuliharaan makam seperti ini untuk tatapan anak-anak kita yang bakal menjadi pelapis pada zaman akan datang.

Keadaan Terkini Makam Dato Sagor Yang Terbiar

gambar ini ketika masih elok

Hal ini amatlah penting buat mereka kerana individu yang tidak tahu tentang hal sejarah masa lalu, asal usul dan kebudayaannya sendiri adalah sama seperti pokok yang hidup tanpa akar umbi dan ianya akan tumbang sebelum tumbuh meninggi. Akar itulah pegangan yang kuat untuk menapak di tanah yang mana kita kekal hidup di bumi ini pada hari ini.

Jadi, marilah kita semua sama-sama berganding bahu dalam berusaha ke arah yang lebih baik. Ayuh pulihara pusara yang punyai nilai sejarah tidak kiralah ianya pewira ataupun penjajah sebelum terlambat. Jika anda ingin ke pusara Dato Sagor, anda boleh gunakan lokasi GPS 4.820964,100.6762131.

kredit gambar-gambar kepada Sarip Dol

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here