Sejarah Sekolah Melayu Di Negeri Perak

Pada asalnya, tujuan utama sekolah-sekolah Melayu dinegeri Perak diwujudkan adalah untuk membasmi masalah buta huruf dalam kalangan orang melayu. Usaha pembukaan sekolah-sekolah melayu ini giat dijalankan oleh pentadbir kerajaan negeri dibawah sultan negeri Perak sejak dari sekitar tahun 1800an lagi.

Dasar sekolah-sekolah Melayu pada awalnya sepertimana yang dikatakan tadi untuk membasmi masalah buta huruf. Oleh yang demikian, had umur minimum untuk kanak-kanak yang ingin belajar di sekolah melayu pada zaman itu tidak dihadkan.

Negeri Perak tidak mengikuti pentadbiran pendidikan di negeri Selangor dan Negeri Sembilan yang mana mereka telah mengadakan undang-undang untuk mewajibkan kanak-kanak lelaki melayu yang berumur antara 7 dan 14 tahun dan yang tinggal dalam lengkungan dua batu dari sekolah untuk hadir ke sekolah.

Walaupun begitu, penghulu-penghulu di negeri Perak giat menjalankan usaha bersama-sama dengan penduduk tempatan untuk menggalakkan anak-anak orang melayu untuk belajar di sekolah dan mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.

Secara lazimnya, sekolah Melayu akan ditubuhkan di lokasi baru apabila terdapat permintaan daripada penghulu mukim atau ketua kampung. Kebiasaannya penghulu dan ketua kampung akan didesak oleh ibu bapa di sesebuah kampung supaya untuk mendirikan sebuah sekolah Melayu di kawasan mereka.

Sejarah Sekolah Melayu Di Negeri Perak

*gambar hiasan

Sekolah-sekolah tersebut pasti akan diwujudkan dengan syarat minima pelajar yang akan hadir ke sekolah tersebut mestilah tidak kurang daripada 20 orang murid. Biasanya sesebuah sekolah Melayu yang ditubuhkan di satu tempat, bangunannya akan disewa terlebih dahulu dalam tempoh satu atau dua tahun. Bangunan sekolah yang tetap akan didirikan selepas mendapat laporan daripada nazir sekolah kemudian mendapat persetujuan daripada Orang Besar Perak di daerah atau mukim setempat.

Pada zaman itu, bentuk bangunan sekolah Melayu lebih menampakkan kedesaan atau kekampungan Melayu dengan berbumbung lima atau berbumbung memanjang. Atapnya dibina daripada daun rumbia, daun bertam atau daun nipah. Dindingnya pula dibina daripada pelupuh buluh atau kulit bertam yang direndam dalam sungai atau tasik selama kira-kira seminggu sebelum dianyam berkelarai.

Sejak British memerintah negeri Perak, mata pelajaran yang diajarkan dihadkan kepada sistem 3R iaitu membaca, menulis, dan mengira, termasuk Ilmu Asas serta menulis karangan. Disamping itu juga, pengetahuan tatatertib kesopanan ditekankan agar semua murid rajin, taat setia, dan menepati masa.

Sejarah Sekolah Melayu Di Negeri Perak

*gambar hiasan

Kaedah peperiksaan dijalankan untuk menguji tahap bacaan, tulisan, dan kira-kira untuk setiap murid yang hadir ke sekolah. Semua pelajaran tersebut bertujuan untuk memudahkan pentadbiran Inggeris. Cara dan kedah pendidikan sedemikian telah berjalan hingga menjelang tahun 1956.

R.O. Winstedt

R.O. Winstedt

Dalam tahun 1916 adalah merupakan tahun yang penting dalam perkembangan Sekolah Melayu. Laporan seorang pegawai pentadbir Malaya iaitu R.O. Winstedt menjadi satu titik pemisahan antara zaman permulaan sekolah Melayu dengan zaman awal pemerintahan Inggeris. Beliau telah mengesyorkan untuk menubuhkan sebuah maktab perguruan tunggal bagi semua guru pelatih di Tanah Melayu dan satu polisi turut dirangka untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang baik bagi Sekolah Rendah Melayu, iaitu kurikulum yang berhubung rapat dengan alam keliling kanak-kanak Melayu.

Sejarah Sekolah Melayu Di Negeri Perak

*gambar hiasan

Walaupun Negeri-negeri Selat telah ada Inspektor Sekolahnya sejak tahun 1872 tetapi hanya pada tahun 1890, seorang guru sekolah telah dilantik sebagai Inspektor Sekolah di Pejabat Pelajaran Perak. Sementara itu, pelantikan Guru Pelawat telah dilaksanakan pada bulan Mac 1872. Sejak itu, sekolah-sekolah di negeri Perak mula berkembang dengan pesatnya.

Tujuan asal penjajahan Inggeris dalam pendidikan sekolah Melayu menjelang Perang Dunia Kedua adalah untuk menjadikan anak-anak petani atau nelayan yang berpelajaran di samping berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan seperti peon, mandor, kerani kecil, drebar, askar, polis, dan buruh kasar. Sementara mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke darjah 6 atau darjah tambahan yang mula diadakan pada tahun 1931, dilantik sebagai guru Sekolah Melayu.

Sejarah Sekolah Melayu Di Negeri Perak

*gambar hiasan

Perkembangan pelajaran perkebunan dan perusahaan membuat bakul telah menjadi pelajaran tradisi sekolah Melayu sebelum Laporan Razak 1956. Perkembangan tersebut adalah selaras dengan bidang pelajaran yang rural bias yang diperlukan untuk mendapat sijil berhenti sekolah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.