Bagaimana Jawatan Residen British Di Perak Dimansuhkan?

Sistem Residen mula wujud dan digunakan dalam sistem pentadbiran negeri Perak selepas Perjanjian Pangkor dimanterai pada tarikh 20 Januari 1874 oleh British dengan Almarhum Sultan Abdullah (Sultan Perak ke 26). Negeri Perak adalah negeri yang pertama menerima Residen British kemudian diikuti oleh negeri Selangor, Negeri Sembilan dan negeri Pahang.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, J.W.W. Birch adalah merupakan Residen British yang pertama dilantik oleh pihak British untuk mengurus tadbir negeri Perak dan beliau telah mati dibunuh oleh Sipuntum dalam tahun 1875 dalam amukan yang berlaku di Pasir Salak pada hari raya kedua. Anda boleh rujuk perincian kisah pembunuhan J.W.W. Birch dalam artikel ini.

Orang-orang melayu kebanyakannya menolak konsep residen British ini kerana mereka tidak dapat menerima orang luar yang cuba masuk campur dalam urusan pentadbiran tambahan lagi tidak menghormati abad istiadat serta budaya orang-orang melayu.

Residen British ini asasnya berfungsi dalam memberi nasihat dalam pentadbiran negeri dan secara tidak langsung sultan hanya berkuasa dalam hal ehwal agama islam dan adat istiadat melayu dan setiap nasihat residen mesti dipatuhi.

Bagaimana Jawatan Residen British Di Perak Dimansuhkan?

J.W.W. Birch (Residen British Pertama di Perak)

Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan sultan dan pembesar kehilangan kuasa dan Residen British yang dilantik berkuasa seperti menteri besar menguruskan segala hal pentadbiran negeri. Residen British juga mempunyai hak untuk memungut cukai melalui pegawai british yang dilantik iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil telah dipertanggungjawabkan.

Oleh kerana faktor ketidak puasan hati dan terdapat banyak kelemahan urusan sistem pentadbiran Residen British, Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani pada 12 Jun 1895 oleh Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896.

Perjanjian tersebut telah membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) atau Persekutuan 1896 yang mana telah dianggotai oleh Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama dan pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral.

Pada tahun 1956, Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah (Sultan Perak ke 32) telah menandatangani dua dokumen yang memansuhkan jawatan Penasihat British (sebelum ini dikenali sebagai Residen British) di Perak. Upacara tersebut berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Kedua-dua dokumen itu ialah mengenai pindaan-pindaan kepada Perlembagaan Negeri Perak dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Bagaimana Jawatan Residen British Di Perak Dimansuhkan?

Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah (Sultan Perak ke 32)

Seperti yang sudah dimaklumkan diatas, Pegawai British yang dikenali sebagai Residen British telah dilantik melalui Perjanjian Pangkor yang ditandatangani oleh Almarhum Sultan Abdullah (Sultan Perak ke 26) pada 20 Januari 1874 dan jawatan Residen itu kekal sehinggalah tamat Perang Dunia Kedua dalam tahun 1945 seterusnya telah ditukarkan kepada Penasihat British.

Bagaimana Jawatan Residen British Di Perak Dimansuhkan?

Almarhum Sultan Abdullah (Sultan Perak ke 26)

Pada tarikh 19 Disember 1956, jawatan Penasihat British di negeri Perak telah dimansuhkan sepenuhnya. Sejak itu, tamatlah sejarah campur tangan pegawai British secara langsung selama 82 tahun dalam pentadbiran negeri Perak yang bermula pada tahun 1874 dengan J.W.W. Birch dan berakhir dalam tahun 1956 dengan Dato’ I.W. Blelloch.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here