Kenali Pemerintah Mukim Lambor Sebelum Penjajahan British

Sebenarnya, British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula sejak dari 11 Ogos 1786 lagi apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura pula melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris dengan Belanda pada tahun 1824 pada asalnya membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.

Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor pada tahun 1874, Inggeris mula campurtangan di Tanah Melayu dan secara langsung dengan memperkenalkan sistem Residen pada awalnya bermula di negeri Perak.

Sejak itu, wujudlah 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu Negeri-negeri Selat (NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Berbalik pada kisah tokoh yang ingin disampaikan dalam orangperak.com hari ini adalah berkenaan dengan pemerintah mukim Lambor sebelum penjajahan British di Perak.

Kenali Pemerintah Mukim Lambor Sebelum Penjajahan British

Jangan anda pembaca setia orangperak.com tidak tahu tambahan lagi orang Lambor, Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek bin Uda Katab adalah seorang pembesar negeri Perak ke 3, Orang Besar 16 yang pernah memerintah di mukim Lambor sebelum kedatangan penjajah British di kawasan tersebut.

Kenali Pemerintah Mukim Lambor Sebelum Penjajahan British

Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek bin Uda Katab dilahirkan pada tahun 1800 dan beliau adalah merupakan anak ke tiga buat pasangan Uda Katab bin Toh Adap Kanda Aman dan Ngah Mariam binti Toh Andak Majiwa yang menetap di Kampung Gajah, Perak. Adik-beradik beliau yang lain yang paling sulung adalah Alang Kontin, Ngah Aminah dan yang paling bongsu ialah Pandak Inu.

Kenali Pemerintah Mukim Lambor Sebelum Penjajahan British

Beliau ditakdirkan mempunyai 2 jodoh bersama isteri tercinta dan mempunyai 15 orang anak hasil daripada pernikahan dengan isteri pertama Toh Kesuma Long Sharipah binti Toh Seri Nara Diraja Pandak Manan dan isteri ke dua Anjang Latipah binti Toh Nara Anan.

Anak dengan Toh Kesuma Long Sharipah binti Toh Seri Nara Diraja Pandak Manan (isteri pertama):

  • Kulop Rentam
  • Ngah Senang
  • Alang Deghafor
  • Uda Syukur
  • Pandak Taha
  • Anjang Talib
  • Teh Rela
  • Itam Nila
  • Ahmad
  • Chu Mohd Daud

Anak dengan Anjang Latipah binti Toh Nara Anan (isteri kedua):

  • Ngah Idris
  • Mohd Jabar
  • Uda Fatimah
  • Pandak Omin
  • Busu Arbi

Semasa zaman kegemilangan dalam hayatnya, Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek bin Uda Katab pernah berkhidmat di bawah dua orang Sultan Perak iaitu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ke 24 iaitu Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah Ibni Almarhum Sultan Shahabuddin Riayat Shah (1865–1871) dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ke 26 Sultan Abdullah Muhammad Shah II Ibni Almarhum Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah (1874–1877).

Kenali Pemerintah Mukim Lambor Sebelum Penjajahan British

Beliau telah meninggal dunia dalam tahun 1881 pada ketika usia 81 tahun dan telah dimakamkan di Lambor Kiri, Perak. Sebenarnya, terdapat kisah menarik yang akan diceritakan dalam orangperak.com yang akan datang yang mana beliau memainkan peranan yang amat penting dalam mendamaikan perbalahan perebutan takhta selepas Sultan Perak ke 24 mangkat dan menyebabkan tidak dimakamkan lebih sebulan. Nantikan kisah ini di orangperak.com!

Kenali Pemerintah Mukim Lambor Sebelum Penjajahan British

Perkongsian maklumat ini adalah hasil perkongsian daripada saudara Nazrin Suhaimi dari Seri Iskandar yang merupakan cucu cicit dari keturunan Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek bin Uda Katab.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

+ 81 = 85