Perak Lancarkan Modul Kelas Pengajian Di Surau Dan Masjid Pertama Di Malaysia

Sebelum ini tiada ada sukatan pembelajaran khusus yang diajar di masjid dan surau kerana ianya berlangsung secara santai dan umum yang diuruskan ahli jawatan kuasa surau atau masjid. Oleh yang demikian, negeri Perak telah jalankan satu transformasi terbaik dengan menyediakan satu modul khas yang diperakui oleh mufti untuk dipergunakan.

Seramai 386 guru takmir yang terlibat di masjid dan surau di seluruh negeri Perak akan dilatih untuk mengajar modul yang diperkenalkan ini secepat yang mungkin dalam menggunakan audio vosual dan thumb drive. Perkara ini bakal memberi impak yang positif kepada seluruh rakyat di negeri Perak yang beragama Islam.

Perak Lancarkan Modul Kelas Pengajian Di Surau Dan Masjid Yang Pertama Di Malaysia

Sultan Perak yang ke 35 iaitu Sultan Nazrin telah melancarkan modul kurikulum kelas pengajian takmir masjid dan surau serta kod etika guru takmir negeri Perak yang julung pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia pada 17 November 2017 di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (Intim).

Perak Lancarkan Modul Kelas Pengajian Di Surau Dan Masjid Yang Pertama Di Malaysia

Pelancaran modul yang pertama seumpamanya di Malaysia ini disempurnakan bersempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Tahun 2017. Pihak yang terlibat menyediakan modul khas ini mengambil masa selama dua tahun untuk membangunkan modul pengajian masjid dan surau secara lebih bersistematik dengan merangkumi kandungan seperti fikah, sirah, tauhid dan akhlak.

Perak Lancarkan Modul Kelas Pengajian Di Surau Dan Masjid Yang Pertama Di Malaysia

Seluruh rakyat yang beragama Islam di negeri Perak amat bertuah dengan pelancaran modul yang pertama seumpamanya di Malaysia. Tambahan pula rata-rata anak muda di negeri Perak ini boleh menuntut dan mendalami ilmu agama di surau dan masjid-masjid dari membuang masa buat perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.