OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Agama

Yayasan Waqaf Malaysia Menyantuni Komuniti Teluk Intan Melalui Program Jelajah Waqaf Warisan

29 Sep 2025 · 2 min baca · 157 ·Oleh Saiful Rezal
Yayasan Waqaf Malaysia Menyantuni Komuniti Teluk Intan Melalui Program Jelajah Waqaf Warisan Pada 28 September 2025, Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak yang menyokong penuh idea Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan telah menganjurkan program Santai K

Yayasan Waqaf Malaysia Menyantuni Komuniti Teluk Intan Melalui Program Jelajah Waqaf Warisan

Pada 28 September 2025, Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak yang menyokong penuh idea Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan telah menganjurkan program Santai Komuniti Madani menerusi program Kayuhan Jelajah Waqaf Warisan Teluk Intan.

Program yang bermakna ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Ridwan Bakar yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia. Program ini turut disertai oleh Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota merangkap Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Dato Meor Redwan Bin Mahayuddin, Orang Besar 32 Negeri Perak iaitu YDH Toh Mahkota Lela dan YDH Toh Bahtera Diraja, Ketua Pegawai Daerah Hilir Perak, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Ketua Polis Daerah Hilir Perak dan beberapa Pegawai kenamaan yang lain.

Kayuhan Jelajah Waqaf Warisan Teluk Intan telah memilih beberapa lokasi Sejarah untuk ditelusuri. Kayuhan bermula dari Mahkamah Lama Teluk Intan menuju ke Menara Condong Teluk Intan. Ia kemudian diteruskan ke Madrasah Ihsaniah iaitu sebuah Madrasah lama yang terkenal di Perak. Berikutnya kayuhan menuju ke Masjid India Muslim Teluk Intan, Masjid Melayu Teluk Intan dan berakhir di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II.

Para peserta kayuhan berhenti di setiap lokasi tersebut dan mereka telah diberikan sesi penerangan ringkas sejarah mengenai bangunan-bangunan tersebut oleh wakil Team Orang Perak sendiri iaitu Cikgu Rezal. Menerusi program ini juga pelbagai sumbangan yang bernilai tinggi telah pun disumbangkan kepada Komuniti Bandar Teluk Intan termasuklah sumbangan yang bernilai RM107,940 bagi membantu Sekolah, Madrasah dan golongan yang memerlukannya.

Sebanyak RM30,000 pula disumbangkan oleh Bank Rakyat untuk pemasangan Solar di Masjid Melayu Teluk Intan dan Biasiswa Al Falah My Waqaf PTPTN berjumlah RM26,363.59 kepada dua Mahasiswa yang berasal dari Teluk Intan untuk meneruskan Pengajian mereka di peringkat pengajian tinggi.

Sesungguhnya Program yang melibatkan Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak ini telah memastikan Kebajikan berbentuk Waqaf ini dapat disalurkan kepada pihak yang memerlukannya sekaligus memberi manfaat secara menyeluruh kepada Komuniti tempatan.

Nukilan Cikgu Rezal

Saiful Rezal
Saiful Rezal
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.