Ustaz Kazim Terpaksa Jual Unit Tahfiz Di Manjoi

Pendakwah terkenal iaitu Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Kazim mengesahkan akan menjual Unit Tahfiz Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi dekat sini kerana menghadapi masalah kewangan.

Datuk Mohd Kazim Elias yang juga merupakan seorang pengetua dan pengasas kepada pusat Tahfiz Pusat Pendidikan Al-Barakah itu berkata, pihaknya terpaksa buat keputusan tersebut setelah tidak mampu lagi untuk menampung kos pentadbiran Unit Tahfiz Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Menurut Datuk Mohd Kazim Elias lagi perbelanjaan untuk Unit Tahfiz Pusat Pendidikan Al-Barakah adalah menelan kos sekitar sehingga kira-kira RM150,000 dalam sebulan. Kos sebanyak itu diperlukan untuk menampung kos keseluruhan unit yang menempatkan seramai 100 orang pelajar.

Ustaz Kazim Terpaksa Jual Unit Tahfiz Di Manjoi

Selain Unit Tahfiz, Unit Tahfiz Pusat Pendidikan Al-Barakah turut mempunyai Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok (dewasa). Bagaimanapun, Datuk Mohd Kazim Elias maklumkan bahawa beliau hanya menjual Unit Tahfiz ini sahaja seperti yang diiklankan dan bukannya unit-unit yang lain.

Ustaz Kazim Terpaksa Jual Unit Tahfiz Di Manjoi

Ustaz Kazim dikatakan terpaksa membuat keputusan yang berat ini setelah sehabis mungkin memikirkan nasib guru dan pelajar. Penjualan ini dilihat dapat menampung kos pentadbiran dua unit lain untuk membolehkan ia beroperasi seperti biasa.

Ustaz Kazim Terpaksa Jual Unit Tahfiz Di Manjoi

Sebelum ini tular mengenai penjualan Unit Tahfiz berkenaan di laman sosial dan turut diiklankan menerusi laman mudah.my

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here