Penerima Olahragawati Kebangsaan Pertama Dari Tapah

Datuk Rajamani Mailvaganam yang lahir pada tahun 1946 merupakan seorang pelari pecut jarak sederhana telah mencatatkan rekod sebagai wanita pertama di Malaysia menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan pada tahun 1966 menerusi sebutir pingat emas yang dirangkulnya dalam acara 400 meter yang kali pertama dipertandingkan untuk wanita, sekali gus membawa gelaran selaku Ratu Trek Asia.

Beliau juga adalah wanita pertama dari Malaysia yang menyertai Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun pada tahun 1964 dalam acara 400 meter dan 800 meter. Umur Datuk Rajamani Mailvaganam yang ketika itu berusia 20 tahun merupakan atlet paling muda yang bertanding. Sepanjang sepuluh tahun melibatkan diri dalam bidang olahraga iaitu sejak tahun 1959 hingga tahun 1969, beliau telah berjaya mengumpulkan sebanyak 19 pingat emas untuk negara. Beliau bersara awal daripada Kementerian Pendidikan pada tahun 1991 semasa berumur 47 tahun. Beliau dianugerahkan pingat AMN dan PJK.

Datuk Rajamani Mailvaganam

Datuk Rajamani Mailvaganam dilahirkan di Tapah, Perak dan merupakan anak perempuan kepada V. Mailvaganam yang merupakan seorang pekerja Jabatan Kerja Raya dan juga merupakan ayah yang amat tegas. Kerjaya olahraganya bermula ketika beliau dipilih untuk berlari pusingan terakhir bagi pasukan lari berganti-ganti di sebuah sekolah rendah kerajaan aliran bahasa Inggeris di tempat asalnya. Ketika itu, Datuk Rajamani Mailvaganam belajar dalam Darjah 4.

Walaupun peserta-peserta daripada sekolah lain untuk pusingan terakhir itu adalah pelari-pelari yang terkenal, Datuk Rajamani Mailvaganam berjaya menewaskan mereka, satu pencapaian yang beliau berasa amat berbangga sehingga hari ini. Selepas memperoleh pingat-pingat setiap tahun dalam kejohanan-kejohanan pada peringkat sekolah, negeri dan negara, Datuk Rajamani Mailvaganam berhenti sekejap ketika beliau belajar dalam Tingkatan 5 untuk menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

Datuk Rajamani Mailvaganam

Selepas peperiksaannya, Datuk Rajamani Mailvaganam menghabiskan kebanyakan masanya untuk tidur, dan ini menjengkelkan ayahnya yang mengaturnya untuk dilatih oleh jurulatih R. Supiah setiap hari antara pukul 4.30 petang hingga 7.30 malam. Untuk pergi ke padang untuk latihan, beliau terpaksa mencari-cari sesiapa di kawasan kejiranannya yang sudi meminjam basikal kepadanya. Ini kemudian menjadi suatu perbuatan yang rutin.

Bapa Datuk Rajamani Mailvaganam kemudian membawanya ke seorang tukang kasut untuk membuat kasut pepakunya yang pertama. Kasut itu diperbuat daripada kulit dengan paku-paku tergergaji dipasang pada tapak kasut itu. Datuk Rajamani Mailvaganam menggunakan kasut ini untuk latihan serta untuk penyertaan kejohanan, dan ketika pepaku-pepaku itu longgar, beliau akan kembali ke tukang kasut untuk mengukuhkan tapak kasut dengan lebih banyak kulit.

Datuk Rajamani Mailvaganam

Kehidupannya ketika itu amat susah, tanpa sebarang kemewahan, dan keluarganya makan sahaja apa yang ada di atas meja dapur. Amat berbeza dengan ahli-ahli sukan sekarang yang amat dimanjakan oleh kerajaan Malaysia, Datuk Rajamani Mailvaganam langsung tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan, termasuk elaun ketika menyertai temasya-temasya sukan olahraga. Ketika R. Supiah, jurulatihnya, meminta Datuk Rajamani Mailvaganam untuk membeli sut balapan, keluarga Datuk Rajamani Mailvaganam tidak mampu membelinya walaupun harga ketika itu hanya RM20. Oleh itu, jurulatihnya membeli tuala-tuala mandi untuk dijahit menjadi sut-sut balapannya. Nasibnya, sebuah kedai sukan bersetuju untuk menaja Datuk Rajamani Mailvaganam sebelum tuala-tuala mandi itu dihantar untuk dijahit.

Selepas latihan selama enam bulan di bawah Supiah, Datuk Rajamani Mailvaganam melayakkan diri untuk menyertai Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 1964. Ini merupakan kali pertama Datuk Rajamani Mailvaganam keluar negara. Beliau diberikan wang sebanyak RM64 untuk elaun dobi, tanpa sebarang faedah lain. Oleh itu, Datuk Rajamani Mailvaganam terpaksa berbaik-baik dengan peserta-peserta benua India yang membawa tukang masak sendiri untuk makanannya.

Datuk Rajamani Mailvaganam

Datuk Rajamani Mailvaganam mengkadarkan kemenangan empat pingat emas dalam Sukan SEAP 1965 sebagai kemuncak kerjayanya disebabkan beliau berlari di tempat sendiri. Walaupun Datuk Rajamani Mailvaganam merupakan seorang warganegara bukan Melayu, beliau berkata dalam sebuah temu bual dengan akhbar New Sunday Times pada Julai 2006, “Setiap kali aku melihat bendera Malaysia dinaikkan dan lagu kebangsaan disiarkan, aku menangis. Aku amat berbangga untuk berdiri di atas tetingkat, dengan setiap orang menepuk tangan dan memberikan sorakan. Aku mempunyai satu perasaan yang mesra yang menyebabkan aku hendak memberikan yang terbaik kepada negaraku.” Bapa Datuk Rajamani Mailvaganam selalu hadir ketika beliau berlari, dan Tunku Abdul Rahman, perdana menteri ketika itu, juga kekadang menghadiri Sukan SEAP 1965 itu.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here