25 C
Ipoh
Thursday, 5 December 2024

Markas Terakhir British Di Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Empayar British merupakan empayar paling besar yang pernah wujud dalam sejarah dan bagi masa yang lama menjadi kuasa dunia utama. Empayar ini merupakan hasil daripada Zaman Penemuan Eropah yang bermula dengan penerokaan maritim pada abad yang ke 15 dalam era penjajahan kuasa Eropah.

Menjelang tahun 1921, Empayar British meluaskan pengaruhnya terhadap lebih 458 juta orang, iaitu kira-kira 23% daripada populasi dunia. Kesan peninggalan Empayar British bukan sahaja berlaku di Perak tetapi ianya amat meluas sehingga ke serata dunia.

Antara kesan jajahan British ke atas tanah Melayu yang jelas dapat kita lihat pada hari ini adalah ianya termaktub dalam sistem perundangan dan kerajaan, amalan ekonomi, ketenteraan, pendidikan, sukan (seperti kriket, ragbi dan bola sepak) dan juga peluasan penggunaan bahasa Inggeris di seluruh dunia.

Bangunan Suluh Budiman

Pada zaman kemuncak kegemilangan empayar British, seruan dengan gahnya yang sering dikatakan bahawa “Matahari tidak akan pernah terbenam di Empayar British”.

Hal ini kerana empayar British yang merentasi dunia akan memastikan bahawa matahari sentiasa bersinar pada sekurang-kurangnya salah satu daripada jajahan atau naungannya yang amat luas di muka bumi ini.

Selama lima dekad selepas Perang Dunia yang kedua, kebanyakan jajahan empayar menjadi merdeka dan termasuklah Tanah Melayu.

Bangunan Suluh Budiman

Kebanyakan negara yang menuntut kemerdekaan terus menyertai negara-negara Komanwel. Sepertimana yang anda tahu, negara-negara Komanwel adalah sebuah pertubuhan bebas yang dianggotai oleh negara-negara yang sudah merdeka dan dalam pernah dijajah empayar British. Negara kita, Malaysia adalah salah satu daripadanya selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957.

Berbalik kepada tajuk asal tentang markas terakhir British di negeri Perak. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, tentera British telah berundur dari markas terakhir di Perak menuju ke Kuala Kubu Bharu di Selangor pada 7 Januari 1942.

Lokasi markas terakhir pihak British adalah di bangunan utama yang dinamakan Bangunan Suluh Budiman. Ianya ada di dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim. Kegunaan markas yang terletak di Tanjung Malim itu adalah sebagai pusat operasi dan juga dijadikan sebagai hospital tentera.

Bangunan Suluh Budiman

Apabila datangnya Jepun ke tanah melayu, bangunan utama yang pernah dijadikan markas British itu digantikan pula dengan tentera Jepun. Jepun mengambil alih markas tersebut sewaktu pendudukannya di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945.

Untuk makluman anda, bangunan yang dijadikan sebagai markas untuk kedua-dua pihak itu mula dibina pada tahun 1919 dan siap untuk digunakan pada tahun 1922.

George Maxwell

Bangunan yang menjadi saksi buat dua pendudukan markas sewaktu penjajahan itu telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell. Bangunan ini telah banyak berjasa dalam bidang pendidikan di tanah air kita sebagai Maktab Perguruan (SITC), kemudian kepada Institusi Pendidikan (IPSI) dan seterusnya menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 1 Mei 1997 (UPSI). Kini, bangunan utama ini telah digunakan sebagai Muzium Pendidikan Nasional.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here