OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Sejarah

Asal Usul Dan Sejarah Bagan Tiang, Perak

10 Apr 2018 · 2 min baca · 17 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Bagan Tiang di Perak pernah menjadi satu lokasi yang penting dimana terdapat sebuah pelabuhan kecil yang dibini disana untuk menjadi lokasi persinggahan pedagang dari China dan India pada abad ke 19.

Bagan Tiang nama yang tidak asing lagi buat utara di negeri Perak berdekatan dengan Pulau Pinang. Seperti semua sudah sedia maklum, Bagan Tiang ialah sebuah perkampungan nelayan dan pesawah padi. Kedudukan dalam peta menjadikannya satu lokasi yang cukup strategik untuk dijadikan sebagai lokasi persinggahan pada satu ketika dahulu.

Jangan anda tidak tahu, Bagan Tiang di Perak pernah menjadi satu lokasi yang penting dimana terdapat sebuah pelabuhan kecil yang dibini disana untuk menjadi lokasi persinggahan pedagang dari China dan India pada abad ke 19. Nama Bagan Tiang diambil kerana terdapat banyak terdapat tiang-tiang dari batang pokok nibong yang telah dicacak pada pelabuhan yang digunakan untuk mengikat kapal kecil atau tongkang yang berlabuh di kawasan pelabuhan kecil di kawasan tersebut. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, sejarah Bagan Tiang dikesan seawal zaman kegemilangan kerajaan Siak di Sumatera yang mana ia dikenali dengan nama Turong. Bagan Tiang pada waktu itu adalah merupakan kerajaan kecil yang ditadbir oleh penghulu lantikan oleh Kerajaan Kedah. Akhirnya nama Turong diubah namanya kepada Sungai Megat Aris semasa zaman era Penghulu Megat Aris mentadbir di kawasan Bagan Tiang. Pada sekitar tahun 1850, Bagan Tiang telah menjadi satu kawasan penanaman padi yang utama di utara Negeri Perak.

Asal Usul Dan Sejarah Bagan Tiang, Perak

Di dalam buku harian Panglima Abdul Karim Bin Raja Aman Shah ada dicatatkan yang beliau telah meminjam sebanyak 70,000 gantang padi dari penduduk di sekitar kawasan Bagan Tiang sewaktu beliau hendak membuka Daerah Selama pada tahun 1874. Bagan Tiang di Perak juga pernah menjadi pusat pengeluaran hasil seperti tebu untuk pengeluaran gula dimana Long Jaafar dan anaknya Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim adalah merupakan pengusaha yang terawal dalam industri tersebut. Apabila pihak British menahan Ngah Ibrahim kerana tragedi pembunuhan J.W.W Birch, ladang-ladang tebu milik Ngah Ibrahim kemudian telah dirampas dan diserahkan kepada pengusaha Cina. Kesan peninggalan industri gula tersebut masih lagi boleh dilihat pada hari ini seperti kolam penyimpanan gula cair, batu pengisar dan juga menara serombong asap. Industri penghasilan gula di kawasan Bagan Tiang pernah musnah apabila ban atau benteng penahan air laut pecah dan menyebabkan air laut melimpah masuk ke ladang tebu tersebut. Melepasi peredaran zaman, hari ini muara kuala Bagan Tiang telah menjadi cetek dan tongkang serta kapal tidak lagi dapat menyusuri ke muara seperti dahulu.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.