Almarhumah Raja Perempuan Muzwin adalah pasangan kepada Sultan Perak yang ke 33 iaitu Almarhum Sultan Idris Shah. Baginda diputerikan pada tarikh 1 Mac 1929 di Batu Gajah dan baginda sememangnya merupakan kerabat diraja Perak yang mana ayahandanya ialah YAM Raja Dato Seri Ariff Shah Ibni Almarhum Raja Harun Al Rashid dan bondanya pula YABhg Che Puan Azizah Abdullah.
Baginda Raja Perempuan Muzwin menerima pendidikan awal di Sekolah Inggeris Methodist Ipoh sejak pada tahun 1936 sehingga tahun 1941 dan apa yang uniknya, baginda Raja Perempuan Muzwin sangat fasih berbahasa Kantonis dan Hokien.
Berbalik kepada kisah yang ingin diceritakan kali ini adalah berkaitan dengan Tiara Raja Perempuan Perak iaitu Raja Perempuan Muzwin. Hari ini, jika anda perhatiakn dengan teliti, tiara yang dipakai oleh setiap permaisuri negeri Perak adalah berbeza dan punyai ceritanya yang tersendiri.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Tiara Raja Perempuan Muzwin hanya diguna pakai oleh Raja Perempuan Muzwin kerana tiara tersebut dipercayai dibuat pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah selaku Sultan Perak yang ke 33.
Jika dilihat secara kasar daripada koleksi gambar yang boleh ditemui di internet, terdapat 2 jenis tiara dan mungkin ada lebih lagi yang dipakai oleh Raja Perempuan Muzwin. Salah satu daripadanya yang punyai bentuk jata negeri Perak dipakai ketika waktu muda dan ada satu lagi tiara yang lain bentuknya.
Reka bentuk Tiara Raja Perempuan Muzwin yang dahulu selaku Raja Perempuan Perak ini dikatakan mempunyai persamaan dengan reka bentuk Jata Negara Negeri Perak.
Tidak banyak maklumat yang diperoleh berkenaan dengan tarikh sebenar tiara ini manakala yang satu lagi dipercayai dipercayai dibuat pada sekitar tahun 1970 an di London.
Hari ini, salah satu tiara tersebut yang dikatakan Tiara Raja Perempuan Muzwin sudah berpindah milik kepada Paduka Puteri Anakanda Almarhumah yang kini begelar DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah. Tiara ini juga telah menjadi salah satu daripada tiara rasmi bagi Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor.
Jangan anda tidak tahu, Almarhumah Raja Perempuan Muzwin ini adalah bonda kepada Raja Zarith Sofia yang mana hari ini baginda adalah permaisuri negeri Johor dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin juga adalah nenda kepada Tengku Mahkota Johor.
Sesungguh, apa sahaja yang hidup pasti akan meningga dunia. Pada tarikh 6 Oktober 2011, baginda telah mangkat di Institut Jantung Negara dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan selepas waktu asar dan dihadiri oleh Raja-Raja Melayu, Waris dan Kerabat Negeri dan rakyat jelata.
rujukan : keluargaperak dan Noble Jewels