26.6 C
Ipoh
Thursday, 23 January 2025

Raja Melayu Pertama Dipaksa Turun Takhta

- Advertisement -
- Advertisement -

Selepas tragedi terkorbannya Residen British yang pertama di Perak iaitu James Wheeler Woodford Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Datuk Maharajalela, telah mengakibatkan pembesar Melayu yang terlibat ditangkap dan dijatuhi hukuman.

Tokoh pahlawan Melayu seperti Datok Maharajalela, Datok Sagor, Pandak Endut dan Si Puntum, jika ditanya kepada anak muda generasi hari ini sesetengah daripada mereka akan menggelengkan kepala dan apa yang paling menyedihkan dengan menuduh mereka ini sebagai pemberontak dan penjenayah.

Walaupun kepala telah bercerai dari jasad namun sejarah telah meletakkan mereka sebagai tokoh pejuang yang banyak memberi pengajaran kepada pihak penjajah tentang kebiadapan mereka sewaktu menapak di Tanah Melayu. Pihak British mula mengambil hati orang Melayu selepas kejadian tersebut.

Raja Melayu Pertama Dipaksa Turun Takhta

Sultan Abdullah II (Sultan Perak ke 26) didapati bersalah kerana bersubahat dalam pakatan menumbangkan JWW Birch. Baginda Sultan Perak telah dipaksa turun dari takhta kerajaan negeri Perak dan telah dihukum buang negeri ke Pulau Seychelles dalam tahun 1877.

Hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Sultan Abdullah II ini adalah merupakan satu penahanan politik yang pertama membabitkan seorang Raja Melayu yang sedang bertakhta di Tanah Melayu. Walaupun baginda telah kehilangan kuasa namun pihak British memberi layanan baik sebagai tetamu di Pulau Seychelles.

Sultan Abdullah II berangkat meninggalkan Kuala Kangsar menuju ke Pulau Pinang pada tarikh 20 Julai 1877 kemudian menaiki kapal perang Inggeris bernama Cartherston untuk ke Pulau Seychelles. Turut mengiringi baginda ke sana adalah seramai 19 orang yang terdiri daripada bonda, dua isteri, lima putera, lima puteri, seorang kakak ipar dan lima orang gaji.

Raja Melayu Pertama Dipaksa Turun Takhta

Sultan Abdullah II dan rombongan telah ditempatkan di sebuah rumah kediaman kerajaan yang disediakan di Unionvale, Victoria iaitu ibu negeri buat Seychelles. Selama dalam tempoh buangan, Sultan Abdullah II juga turut diberi elaun khas dan layanan yang baik oleh British selama 7 tahun berada di Pulau Seychelles.

Dalam tahun 1894, Sultan Abdullah II telah diberi pengapunan oleh Ratu Victoria dan dibenarkan untuk meninggalkan Pulau Seychelles. Namun begitu, baginda tetap tidak dibenarkan untuk terus pulang ke negeri Perak dan telah diarahkan untuk menetap di Singapura.

Baginda telah menetap di Singapura dan Pulau Pinang selama 21 tahun dan hanya dibenarkan pulang ke Kuala Kangsar dalam tahun 1916. Pada waktu itu, usia baginda telah melebihi 70 tahun dan keadaan baginda mulai uzur.

Dalam tahun 1922, Sultan Abdullah II akhirnya mangkat setelah gering beberapa bulan. Baginda telah dikebumikan dengan penuh adat istiadat Raja-Raja Melayu Perak di Makam di-Raja Kuala Kangsar dengan gelaran Marhun Habibullah.

Rujukan:

  • Buku Rekod Malaysia, Edisi Khas, Ghulam Jie K Khan
- Advertisement -
Nasuha Ahmad
Nasuha Ahmad
Tanpa Sejarah Kita Belum Tentu Manusia Yang Bertamadun
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here