● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
07:00
Zohor
13:06
Asar
16:20
Maghrib
19:06
Isyak
20:15
Sejarah

Sejarah Istana Negara Di Perak

19 Feb 2019 · 2 min baca · 259 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Istana Negara di Perak adalah merupakan istana rasmi Sultan Perak yang telah dibina di atas tapak

Istana Iskandariah

sekarang iaitu di puncak Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Istana Negara telah dibina oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I yang merupakan Sultan Perak yang ke 28 dan telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 1895. Sebelum ia dinamakan sebagai nama Istana Negara, istana tersebut diperkenalkan dengan nama Istana Idris yang diambil sempena nama Sultan Perak ke 28 yang memerintah negeri Perak pada waktu itu. Pada 5 April 1889, Almarhum Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I diangkat menjadi Sultan Perak ke 28. Baginda mengambil keputusan untuk mengubah lokasi pentadbiran negeri Perak dari Sayong ke Changkat Negara, Bukit Chandan. Sultan Idris I menamakan istana yang dibinanya itu ke nama Istana Idris pada tahun 1895.

sultan idris

Selang dua tahun selepas itu bersamaan pada tahun 1897, Istana Idris ditukarkan namanya kepada Istana Negera. Istana ini menjadi saksi untuk sejarah Malaysia dalam

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu

iaitu

Mesyuarat Durbar

.

istana negara

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu

, atau lebih dikenali sebagai

Mesyuarat Durbar

telah diadakan pada 13 hingga 17 Julai 1897 di Istana Negara, Kuala Kangsar. Perkataan Durbar itu timbul daripada perkataan asal Urdu dan Parsi iaitu Darbar yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau Pegawai Diraja British di India pada masa dahulu.

4 raja melayu durbar

Selepas 36 tahun Istana Negara teguh berdiri di Bukit Chandan iaitu pada 1931,

Sultan Iskandar Shah I

sempena Sultan Perak ke 30 telah memutuskan untuk menggantikan Istana Negara yang sedia ada dengan sebuah istana yang baru di atas tapak yang sama. Akhirnya dalam tahun tersebut, Istana Negara telah dirobohkan oleh

Sultan Iskandar Shah I

bagi memberi laluan untuk mendirikan

Istana Iskandariah

sepertimana yang kita dapat lihat teguh berdiri sehingga ke hari ini.

sultan iskandar shah i

Sewaktu

Istana Iskandariah

dalam pembinaan,

Sultan Iskandar Shah I

telah mendirikan Istana Lembah yang terletak berdekatan dengan tapak Istana Negara. Istana Lembah berfungsi sebagai istana sementara. Nama Istana Lembah telah ditukar kepada Istana Kenangan pada tahun 1960 oleh Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Istana Iskandariah

dinamakan sempena

Sultan Iskandar Shah I

, Sultan Perak ke 30. Sejak 1933,

Istana Iskandariah

menjadi kediaman rasmi Sultan Perak yang mendatang.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.