Perjanjian Sultan Perak Dengan Sultan Kedah Tahun 1912

Pada 4 Mac 1912, satu perjanjian penting telah ditandatangani di antara Sultan Perak dengan Sultan Kedah. Sultan Perak pada waktu itu adalah Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28) dan Sultan Kedah pada masa itu pula adalah Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah ke 26).

Perjanjian tersebut adalah berkenaan dengan sempadanan antara negeri Kedah dengan negeri Perak. Lokasi persempadanan itu adalah berkenaan dengan kawasan di daerah Baling dengan kawasan Tasek yang terletak di Hulu Perak. Selain itu, ia juga berkait dengan pembinaan sebatang jalan raya dari daerah Baling ke Padang Serai di Negeri Kedah.

Setelah bermesyarat dan mencapai kata sepakat, akhirnya perjanjian dimanterai oleh kedua-dua sultan untuk kepentingan kedua-dua buah negeri iaitu negeri Perak dan negeri Kedah. Antara kandungan perjanjian yang mencapai kata sepakat adalah seperti berikut:

  1. Sultan Perak bersetuju untuk membina sebatang jalan raya kelas satu dari daerah Baling hingga ke kawasan Kuala Ketil untuk sepanjang 22 batu. Jalan yang akan dibina ini akan menyambungkan kawasan Klian Intan di Hulu Perak dengan daerah Baling hingga ke kawasan Kuala Ketil.
  2. Pembinaan jalan sepanjang 22 batu ini juga akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Perak dan sebagai balasannya, kerajaan Negeri Kedah bersetuju akan mengawasi dan menjaga jalan tersebut selepas ianya diserahkan kepada kerajaan Negeri Kedah sepertimana jalan-jalan kelas satu lain yang ada di Negeri Kedah.
  3. Kerajaan Negeri Kedah juga bersetuju akan menyambung pembinaan jalan tersebut dari Kuala Ketil ke Padang Serai sejauh 12 batu dan kerajaan Negeri Kedah juga akan menjaga dan mengawasi jalan tersebut ssepertimana jalan-jalan kelas satu lain yang ada di Negeri Kedah.
  4. Kerajaan Negeri Kedah akan menyerahkan kepada kerajaan Negeri Perak semua kawasan di Baling dan kawasan Gua Baling ke atas kepada Kerajaan Perak supaya pada masa hadapan sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak di kawasan Hulu Perak ditandai dengan kawasan bukit dalam daerah tersebut.

Perjanjian Sultan Perak Dengan Sultan Kedah Tahun 1912

Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28)

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28) di hadapan Pemangku Residen British di Perak iaitu Oliver Marks dengan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah ke 26) dan disaksikan oleh Encik Md. Ariffin, setiausaha kepada baginda Sultan Kedah.

Perjanjian Sultan Perak Dengan Sultan Kedah Tahun 1912

Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah ke 26)

Sumber dan rujukan :

  • Arkib Negara
Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.