● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:21
Maghrib
19:02
Isyak
20:12
Sejarah

Cerita Penghulu Mukim Slim Village Hilang Ditawan Komunis

23 Jan 2019 · 2 min baca · 230 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Parti Komunis Malaya atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu pada tahun 1930. Pertubuhan ini pada asalnya ditubuh untuk menentang penjajahan British yang pada ketika itu sedang memerintah Tanah Melayu dan ingin menubuhkan sebuah negara Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu.

Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka. Disekitar tahun 1950 an, Penghulu Mukim Slim Village di Perak yang bernama Penghulu Abdul Rahman Satri telah ditawan oleh tentera komunis. Menurut cerita isteri mangsa Som Binti Ibrahim kepada keluarganya, penghulu ditawan komunis di dalam Masjid Slim Village sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat pada bulan Ramadhan. Dimana pada ketika itu, umat Islam juga sedang sibuk membuat persiapan untuk menjelang hari raya yang akan tiba 1 minggu lagi.

Penghulu Mukim Slim Village Hilang Ditawan Komunis

Penghulu Mukim Slim Village yang ditawan di Masjid Slim Village kemudian dibawa secara paksa ke rumahnya sendiri oleh komunis. Kemudian, komunis terus menggeledah rumahnya dan mengambil apa sahaja yang mereka mahu. Isteri mangsa yang ada dirumah terkejut dan merayu agar suaminya tidak diapa-apakan lantas terus meminta agar membawa dirinya sekali bersama-sama dengan suaminya yang tercinta.

Penghulu Mukim Slim Village Hilang Ditawan Komunis

Mungkin kerana rimas dengan desakan isteri mangsa, ketua kumpulan komunis yang menawan Penghulu Abdul Rahman Satri pun berkata kepada isteri penghulu, "Kami ada sedikit urusan dengan Tok penghulu. Lagi dua ke tiga hari kami akan hantar pulang." Ungkapan yang diberi oleh ketua kumpulan komunis itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan resah si isteri namum risaunya tidak reda memikirkan nasib suaminya kerana komunis sememangnya tidak boleh dipercayai. Setelah peristiwa yang mencemaskan di rumah penghulu, Penghulu Abdul Rahman Satri yang ditawan terus dibawa ke hutan Ulu Slim. Sejak dari hari itu, Penghulu Abdul Rahman Satri terus hilang tanpa khabar berita sehingga ke hari ini. Isteri yang tabah dan taat pada suaminya itu sabar menanti yang memakan masa tahun demi tahun. Penantiannya tidak pernah berakhir mengharapkan kepulangan suaminya yang kali terakhir dilihat dibawa pergi oleh komunis. Isteri penghulu menanti kepulangan suaminya sehingga ke penghujung hayat pada pertengahan tahun 1990 an. Dipercayai, penghulu tersebut telah dibicarakan di dalam hutan mengikut undang-undang komunis dan beliau telah dihukum mati kerana kononnya menjadi ancaman besar untuk pihak komunis kerana bekerja sebagai penghulu untuk pihak British. Sehingga ke hari ini, tidak diketahui dimana jasad dan kuburnya. Perkongsian cerita ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh cucu kepada Penghulu Mukim Slim Village melalui talian WhatsApp 013 5000 507 orangperak.com untuk dikongsikan kepada orang ramai.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.