Siapa tak kenal dengan nama Sabree Beruang yang bukan sahaja amat popular di negeri Perak malah seluruh negara juga pada satu ketika dahulu. Untuk makluman anda yang mungkin lupa atau anak muda yang tidak kenal dengan nama Sabree Beruang ini, belia adalah seorang penghibur di Istana negeri Perak dan juga buat rakyat jelata di negeri Perak.
Nama sebenar Sabree Beruang adalah Mohamad Sabree Bin Haji Abu Akhir. Beliau bukan sahaja penghibur di istana dan penghibur kepada rakyat di negeri Perak yang tercinta ini, beliau juga adalah bersahabat dengan Raja Muda negeri Perak iaitu Raja Jaafar, Raja Di-Hilir Negeri Perak Raja Iskandar Dzulkarnain, Raja Kobat Sallehuddin dan ramai lagi kerabat-kerabat diraja Almarhum Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33).
Kisah Sabree Beruang semakin hari semakin tenggelam dan makin ramai yang tidak mengenali dan melupakan beliau setelah beliau meninggal dunia. Mohamad Sabree Bin Haji Abu Akhir atau lebih dikenali dengan nama Sabree Beruang oleh kenalannya ini adalah individu yang rajin mencipta lagu-lagu rakyat untuk diperdengarkan kepada rakyat jelata negeri Perak. Namun, yang paling popular adalah lagu berjudul Masa Kecil Ku Di Kampung Karai.
Menurut anak kepada Mohamad Sabree Bin Haji Abu Akhir yang bernama Sharien Bin Sabree, sebenarnya banyak lagi lagu-lagu rakyat yang dicipta oleh Sabree Beruang ini hilang dan tidak disimpan dengan baik kerana arwah Mohamad Sabree Bin Haji Abu Akhir tidak sempat untuk albumkan lagu-lagunya kerana sakit dan meninggal dunia.
Jika anda pembaca setia orangperak.com yang masih ada simpan koleksi lagu-lagu beliau, bolehlah berkongsi di ruangan komen untuk tatapan semua.
Sabree Beruang – Masa Kecil Ku Di Kampung Karai
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Mohamad Sabree Bin Haji Abu Akhir yang merupakan pencipta asal kepada lagu Masa Kecil Ku Di Kampung Karai ini menceritakan kisah-kisah tentang kisah dan pengalaman hidup beliau sendiri sewaktu kecil hinggalah besar.
Apa yang menariknya, lagu ini bukan sahaja didendangkan di Perak dan Malaysia, tetapi ianya pernah didendangkan oleh beliau di negera luar untuk majlis seperti di negara Holland, Australia, Singapura dan banyak lagi.
Walaupun lagu ini didendangkan dalam lirik bahasa melayu, namun ia adalah salah satu lagu wajib yang didendangkan apabila Sabree Beruang atau Mohamad Sabree Bin Haji Abu Akhir membuat apa-apa persembahan.
Walaupun pendengarnya apabila membuat persembahan di luar negara tidak faham bahasa melayu, apa yang menariknya rentak dan nada lagu ini seringkali mengukir senyuman dan menjadi ikutan di bibir mereka orang luar yang tidak fasih berbahasa melayu.
Teruskan membaca untuk lebih mengenali latar belakang Sabree Beruang ini secara ringkas. Mohamad Sabree Bin Haji Abu Akhir dilahirkan pada 14 Febuari pada tahun 1952 sebelum negara kita mendapat kemerdekaan.
Beliau dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Kampung Karai di Kuala Kangsar. Sabree Beruang telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan dibesarkan di Kuala Kangsar.
Sabree Beruang mula berjinak dengan muzik sewaktu bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dengan sahabat sekolahnya Raja Iskandar Dzulkarnain yang kini Raja Di-Hilir Negeri Perak.
Apabila meningkat dewasa, beliau kemudian dapat peluang untuk sertai sebuah kumpulan pancaragam di Istana. Kumpulan pancaragam tersebut bernama Band PANADA ISTA yang diketuai oleh Almarhum Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33) yang berperanan dalam memainkan alat muzik saxofon.
Insan yang berdarah seni ini kemudian merantau ke Kuala Lumpur dan bekerja di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Rubber Industry Smallholders Development Authority) iaitu RISDA.
Disana, Sabree Beruang mula bermain muzik di lounge, kelab malam dan sertai band-band lain. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Sabree Beruang juga pernah sertai Rentak Juara RTM pada sekitar tahun 1980 an.
Antara lagu-lagu rakyat yang pernah diciptanya dan mendapat tempat di hati pendengar adalah seperti berikut:
- Masa kecil ku di Kampung Karai
- Jangan mengata orang
- Seronok jadi orang
- dan banyak lagi..
Apabila menghampiri tahun 1990 an, Mohamad Sabree Bin Haji Abu Akhir atau Sabree Beruang lebih fokus untuk buat persembahan solo dan buat persembahan komedi.
Sabree Beruang dan Almarhum Sultan Azlan (Sultan Perak ke 34)
Beliau juga dikatakan semakin jarang membuat persembahan dengan band-band yang pernah bersamanya. Sabree Beruang meninggal dunia di Taiping sewaktu berumur 58 tahun pada 1 Febuari 2010 kerana kenser hati tahap 4. Al-Fateha untuk arwah Sabree Beruang.