● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
06:59
Zohor
13:05
Asar
16:21
Maghrib
19:05
Isyak
20:14
Berita

Rumah Pertama Harga Mampu Milik Untuk Warga Perak

05 Apr 2017 · 2 min baca · 109 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Kerajaan negeri Perak bersama-sama dengan beberapa syarikat pemaju perumahan telah bersepakat dan bekerjasama untuk memudahkan urusan mereka yang belum pernah memiliki rumah sendiri. Ini adalah satu inisiatif paling baik yang positif dan perlu dipuji buat mereka yang terlibat kerana faham akan kesusahan dan kepayahan untuk zaman sekarang dalam mendapatkan kelulusan pinjaman bank dalam urusan membeli rumah kediaman.

Untuk makluman anda, sebanyak kira-kira 93% rakyat Malaysia yang masih tidak mempunyai rumah sendiri. Peratusan ini dijangka akan menurun berdasarkan kajian dari HSBC Holdings plc, London yang dinamakan kajian Beyond the Brick. Usaha untuk menyelesaikan masalah harga rumah dengan harga mampu milik bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di luar negera yang sedang pesat membangun juga. Jadi dalam kajian mereka, akan ada peningkatan dalam tawaran rumah kediaman harga mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang. Kebiasaannya, apa yang membebankan pembeli khususnya mereka yang berusia muda dan baru melangkah ke alam pekerjaan adalah wang deposit sehingga 10% untuk tempahan tempat rumah kediaman yang ingin dibeli dan pembayaran pinjaman bulanan yang perlu dibayar kepada pihak bank dalam kadar interest yang agak tinggi serta perlu dibayar sejurus selepas pinjaman diluluskan dengan secara berperingkat mengikut proses pembangunan rumah tersebut. Apa yang menarik disini, peluang ini sangat baik untuk mereka yang merupakan kakitangan kerajaan dimana terdapat Lembaga Pembiayaan Pinjaman Sektor Awam (LPPSA) yang turut menyokong projek perumahan rumah pertama dengan harga mampu milik ini. Untuk tidak membebankan pembeli, mereka yang cepat mengambil peluang untuk membeli rumah sendiri tidak akan rasa terbeban sepertimana keadaan yang lain kerana yuran guaman ditanggung sepenuhnya oleh pemaju dan yuran tempahan adalah tiada. Pembeli yang berminat hanya perlu mengisi borang dan pengesahan pendapatan sahaja, jika layak maka rumah itu bakal menjadi rumah pertama milik anda. Seperti sudah sedia maklum, majoriti projek perumahan yang disediakan ini adalah hasil kerjasama antara pemaju dengan Kerajaan Negeri. Hasil perbincangan sebulat suara mereka, harga mampu milik juga telah ditetapkan yang mana ianya adalah harga dibawah pasaran biasa. Lokasi yang strategik dan terdapat kemudahan awam yang lengkap. Berikut adalah senarai projek perumahan beserta dengan harga untuk rujukan anda:

  • D'Kayangan Teres Setingkat - Bandar Baru Sitiawan Perdana, Manjung ( Jangka Siap Pada Tahun 2018 )
  • Studio Apartment, Seri Iskandar Prima ( Pekerja Swasta Sahaja )
  • Taman Nakhoda Bestari, Sitiawan ( Jangka Siap Pada Disember 2017 )
  • Taman Mulia Sitiawan, Manjung ( Jangka Siap Pada Tahun 2017 )

Usaha ini adalah satu langkah dalam melaksanakan perancangan untuk semua orang mampu dan memiliki rumah sendiri. Kita sebagai pengguna harus bijak menguruskan kewangan dan wajar membuat pilihan yang tepat untuk masa hadapan. Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan program rumah pertama ini, anda boleh berhubung dengan pegawai perkhidmatan 016 414 4757 (Akmal Hashim) dan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.