Mungkin ramai yang sudah tahu serba sedikit mengenai latar belakang Sultan Perak yang ke 35 Tuanku Sultan Nazrin ini. Jadi, terbitnya artikel ini dengan rasa bangganya untuk kami orangperak.com kongsikan biodata ringkas dan pencapaian baginda sultan dalam bidang pendidikan sebagai Sultan Perak yang ke 35 untuk dijadikan rujukan buat semua pihak pada masa yang akan datang.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah diputerakan atau dalam bahasa mudahnya dilahirkan pada 27 November 1956 di George Town, Pulau Pinang. Baginda merupakan putera sulung buat Sultan Perak yang ke 34 iaitu Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah bersama Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.
Tuanku Sultan Nazrin merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan baginda mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat yang secara tidak lansung kini telah membuatkan Sultan Nazrin adalah sultan yang pertama memegang PHD di Malaysia. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda (DEGREE) dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada tahun 1979 dan Ijazah Sarjana (MASTER) dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1984.
Baginda Tuanku Sultan Perak amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinan baginda disambut baik dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja oleh rakyat. Hasil perkahwinan Tuanku Sultan Nazrin, baginda telah dikurniakan seorang putera yang kacak dan seorang puteri yang amat comel iaitu Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya.
Semoga negeri Perak Darul Rizduan akan sentiasa aman dan sentosa, melimpah ruah dengan rezeki dan dirahmati diberkati Allah S.W.T. Semogga Allah S.W.T lanjutkan usia baginda Tuanku Sultan Nazrin dan diberikan kekuatan untuk memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negeri Perak dan negara Malaysia.
Daulat Tuanku.