Ramai hartawan di negara kita punyai cerita mereka yang tersendiri dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi dan begitu juga dengan puteri tercinta kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak yang ke 34) yang bernama Raja Eleena. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Raja Eleena ini adalah antara individu dan merupakan tokoh perniagaan yang berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Raja Eleena dilahirkan di Pulau Pinang dan merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik. Tahukah anda pembaca setia orangperak.com tetang adik beradiknya? Untuk makluman anda, Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak yang ke 35) adalah merupakan kanda kepada Raja Eleena. Diikuti dengan Raja Azureen, Almarhum Raja Ashman Shah dan seterusnya adinda yang bongsu bernama Raja Yong Sofia.
Raja Eleena mengikut jejak langkah sama seperti ayahandanya Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak yang ke 34) dengan mengambil jurusan undang-undang semasa belajar di Universiti London, United Kingdom selepas habis menamatkan pendidikan awal di SMK Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur. Raja Eleena berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang undang-undang dengan cemerlang.
Puteri kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak yang ke 3) ini kemudiannya telah meneruskan kerjaya sebagai seorang peguam dan telah diterima masuk ke Lincoln’s Inn di London pada tahun 1985. Raja Eleena kemudian pulang ke tanah air dan kemudian membuka firma guamannya yang tersendiri pada tahun 1987.
Kejayaan Raja Eleena dalam perniagaan bukan setakat itu sahaja. Raja Eleena juga adalah merupakan pengarah bebas bukan eksekutif buat beberapa buah syarikat terkemuka dalam tahun 1990. Danau Permai Resort Berhad dan Generasi Setia (M) Sdn Bhd adalah dua buah syarikat yang berada dibawah naungan Raja Eleena sebagai seorang pengarah di syarikat tersebut.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Raja Eleena juga adalah pemegang saham paling besar di Generasi Setia. Oleh kerana itu, secara tidak langsung, Raja Eleena adalah merupakan salah seorang pemegang saham paling besar di Gamuda Berhad. Gamuda Berhad adalah sebuah syarikat pembangunan yang paling besar di Malaysia. Raja Eleena dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Gamuda pada 1 Jun 1992.
Raja Eleena pernah dinobatkan sebagai individu yang ke 25 paling kaya di Malaysia pada tahun 2007 dengan jumlah aset yang bernilai lebih daripada 228 juta USD dan secara tidak langsung, Raja Eleena adalah wanita kedua paling kaya di Malaysia dibelakang Puan Sri Chong Chook Yew. Oleh yang demikian, puteri kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak yang ke 34) ini adalah merupakan wanita melayu yang paling kaya dan berjaya di Malaysia dalam perniagaan.