Tradisi pengurniaan pingat dan darjah kebesaran Negeri Perak ini bermula pada tahun 1953 semasa pemerintahan Sultan Perak ke-32 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Yusuf Izuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Mukhataram Shah Radziallah (1948-1963) sebagaimana kuasa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Kedua yang ditandatangani pada 25 Februari 1953.
Evolusi reka bentuk setem di negeri Perak sejak 1874 hingga hari ini yang secara tidak langsung punyai nilai sejarah dalam penceritaan zaman pentadbiran yang berbeza.
Raja Perempuan Che Ning adalah merupakan permaisuri kepada Raja Reman yang terakhir iaitu isteri kepada Tuan Jagong. Pasangan ini punyai 3 orang cahaya mata iaitu Tuan Menang, Tuan Bayan dan Tuan Lebeh.
Permulaan kemasyhuran Negeri Perak turut dinukilkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang dianggap sebagai salah satu Karya Agung yang lebih mengolah kepada Negeri Kedah Zamin Turan.
Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.
Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.
Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.
Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.