Maksud Darul Ridzuan Untuk Negeri Perak

Diketahui umum berkenaan dengan setiap negeri di Malaysia punyai gelaran darul yang tersendiri dan ia bukan sahaja membawa pembentukan identiti sesebuah negeri, malah membawa maksud-maksud yang tertentu.

Namun, apakah sebenarnya maksud darul? Apa istimewanya perkataan darul ini? Banyak negeri di Malaysia menggunakan darul pada akhiran nama negeri seperti Perak Darul Ridzuan dan lain-lain.

  • Kelantan Darul Naim
  • Terengganu Darul Iman
  • Pahang Darul Makmur
  • Johor Darul Takzim
  • Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Selangor Darul Ehsan
  • Perak Darul Ridzuan
  • Kedah Darul Aman
  • Pulau Pinang Pulau Mutiara
  • Perlis (tidak lagi dikenali Indera Kayangan mulai 25 Mei 2015)
  • Sarawak Bumi Kenyalang
  • Sabah Negeri Dibawah Bayu

Asasnya perkataan darul dipercayai diambil dari perkataan Arab iaitu “دار” (dar) yang membawa maksud sebagai rumah dalam bahasa Melayu. Perkataan ini sesuai untuk dijadikan sebagai akhiran nama sebuah negeri berlandaskan maksudnya.

Jadi, penggunaan darul ini amat sesuai sebagai kawasan penempatan oleh rakyat yang hidup aman dan damai dibawah pentadbiran Islam dan naungan seorang sultan yang menjadikan negeri tersebut sebagai negeri yang berdaulat.

Berbalik kepada tajuk asal perbincangan kali ini, bagaimana terpilihnya Darul Ridzuan untuk negeri Perak? Apakah maksud disebalik Perak Darul Ridzuan? Teruskan membaca sehingga ke akhir artikel ini untuk ketahui jawapannya.

Akhiran “Darul Ridzuan” untuk negeri Perak dipercayai telah diterima oleh Sultan Perak atas nasihat ulama sejak pada abad ke 18 lagi, iaitu dalam lingkungan tahun 1700 hingga 1799.

Dalam lingkungan tahun 1700 hingga 1799, negeri Perak telah diperintah oleh 18 orang sultan yang berbeza. Tidak diketahui sejak zaman pemerintahan sultan yang mana satu penggunaan “Darul Ridzuan” ini bermula sebenarnya.

  • Sultan Perak ke 11 – Sultan Mahmud Iskandar Shah ( 1653 – 1720 )
  • Sultan Perak ke 12 – Sultan Alauddin Mughayat Shah ( 1720 – 1728 )
  • Sultan Perak ke 13 – Sultan Muzaffar Shah III ( 1728 – 1752 )
  • Sultan Perak ke 14 – Sultan Muhamad Shah ( 1744 – 1750 )
  • Sultan Perak ke 15 – Sultan Iskandar Zulkarnain ( 1752 – 1765 )
  • Sultan Perak ke 16 – Sultan Mahmud Shah II ( 1765 – 1773 )
  • Sultan Perak ke 17 – Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda ( 1773 – 1786 )
  • Sultan Perak ke 18 – Sultan Ahmaddin Shah ( 1786 – 1806 )

Maksud dari istilah bahasa dalam bahasa Arab untuk perkataan Darul Ridzuan, ia membawa makna sebagai tempat yang penuh dengan rahmat dan merupakan pintu ke syurga.

Ada juga memberi pandangan dan pendapat bahawa akhiran Darul Ridzuan ini membawa erti sebagai negeri yang diberkati dengan kesenangan dan kebahagian dari Allah SWT.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here