27 C
Ipoh
Friday, 3 May 2024

Perak Punyai Warisan Tengkolok Paling Cantik

- Advertisement - Advertisement
- Advertisement - Advertisement

Tengkolok juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala. Ia merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Dikatakan bahawa tengkolok dicipta sejak pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sebelum zaman itu, sudah menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi.

Perak Punyai Warisan Tengkolok Paling Cantik

Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubah suai mengikut taraf pemakainya. Sepertimana kita semua tahu di semenanjung Tanah Melayu amat terkenal dengan tengkolok yang merupakan antara jenis pakaian lelaki tradisional yang mengandungi falsafah dan menjadi lambang kedudukan sosial seseorang dalam masyarakat Melayu. Hal ini juga berlaku di Perak dan tengkolok Perak adalah antara ikatan warisan tengkolok yang paling cantik.

alang iskandar

Alang Iskandar

Terdapat beberapa bentuk ikatan tengkolok negeri Perak yang dapat direkodkan dalam sebuah kajian dijalankan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jenis-jenis tengkolok yang digunakan di Perak ialah seperti Anak Gajah Menyusu, Ayam Patah Kepak, Alang Iskandar, Helang Menyusur Angin, Pucuk Pisang Patah, Balong Ayam dan Getam Pekasam.

anak gajah menyusu

Anak Gajah Menyusu

Lipatan tengkolok yang digunakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah boleh digunakan oleh rakyat dengan perkenan baginda dan tengkolok yang diikat untuk rakyat mempunyai saiz lebih kecil terutama sekali di bahagian pucuk rebung. Lipatan tengkolok raja mempunyai bahagian pucuk rebung yang tinggi. Tengkolok Helang Menyusur Angin digunakan oleh Sultan Perak sebagai tengkolok rasmi selepas baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke 35.

ayam patah kepak

Ayam Patah Kepak

Sebelum baginda, dua lagi ikatan tengkolok digunakan oleh Sultan Perak ialah ikatan tengkolok Alang Iskandar yang digunakan oleh Almarhum Sultan Idris dan ikatan tengkolok Ayam Patah Kepak digunakan oleh Almarhum Sultan Azlan Shah. Antara lapan ikatan berikut, empat daripadanya telah semakin dilupakan. Berikut adalah antara nama tengkolok negeri Perak yang semakin dilupakan, Anak Gajah Menyusu, Pucuk Pisang Patah, Balong Ayam.

balung ayam

Balung Ayam

Tidak semua pengikat tengkolok boleh mengikat semua jenis tengkolok dan lipatannya. Kebanyakan lipatan tengkolok akan hilang setelah pengikatnya meninggal dunia. Ikatan tengkolok merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seterusnya. Namun, permintaan lipatan dan penggunaan yang semakin berkurangan menjadikan beberapa gaya ikatan dilupakan, sekali gus akan hilang ditelan zaman.

pucuk pisang patah

Pucuk Pisang Patah

Usaha menjejaki, merekod dan menghidupkan semula warisan tradisi ikatan dan lipatan ini adalah perlu supaya warisan kesenian Islam khususnya dunia Melayu tidak pupus selamanya. Kenali dan sayangi warisan kesenian Islam tempatan.

- Advertisement - Advertisement
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement - Advertisement

Moh baca!

Related news
- Advertisement - Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here