Sejarah Bermulanya Mufti Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Segalanya bermula pada zaman pemerintahan baginda Sultan Iskandar apabila Institusi Mufti Perak dimulakan sejak pada tahun 1935. Pada tahun tersebut, sebagai permulaan, baginda Sultan Iskandar telah melantik Tuan Haji Muhammad Zain Bin Muhammad Amin sebagai Mufti Perak yang pertama.

    Siapakah Tuan Haji Muhammad Zain Bin Muhammad Amin? Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com , Tuan Haji Muhammad Zain Bin Muhammad Amin sebenarnya adalah guru agama buat baginda Sultan Iskandar. Beliau adalah tempat rujukan buat Sultan Perak bertanyakan tentang perihal agama Islam dan lain-lain yang berkaitan.

    sultan iskandar

    Tahukah anda bahawa Dewan Orang Ramai di Jalan Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar itu pada asalnya adalah Pejabat Mufti Perak dan sebelum dijadikan Pejabat Mufti Perak, bangunan itu digunakan sebagai Pejabat Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

    Sekadar untuk mengenali guru agama Sultan Iskandar, Tuan Haji Muhammad Zain ini adalah merupakan bapa kepada Dato Seri Haji Ali Zaini iaitu bekas Speaker Negeri Perak yang disegani dan dihormati ramai. Pada tahun 1941, Mufti Perak yang pertama iaitu Tuan Haji Muhammad Zain telah meninggal dunia.

    Senarai Mufti Perak:

    1. Tuan Haji Muahammad Zain bin Muhammad Amin (1935-1941)
    2. Tuan Haji Ismail bin Haji Hamzah (1941-1954)
    3. Tuan Haji Muhammad Tahir bin Muhammad Saman (1955-1957)
    4. Tuan Haji Sha’aya bin Abdul Majid (1957-1963)
    5. Dato’ Haji Abu Hassan bin Abdul Majid DPMP (1963-1977)
    6. Dato’ Haji Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah (1977-1981)
    7. Dato’ Seri Haji Abdul Malek bin Haji Nordin (1981-1985)
    8. Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria (1985 hingga sekarang)

    Selepas kematian Mufti Perak yang pertama, jawatan Mufti Perak ke dua ini telah disandang oleh Tuan Haji Ismail Hamzah. Beliau yang kemudiannya meninggal dunia pada 5 Oktober 1954 dan pada 1 November 1955 dilantik pula Tuan Haji Tahir dan beliau bersara pada 31 Disember 1957 sebagai Mufti Perak yang ke tiga.

    Kekosongan jawatan Mufti Perak ke empat kemudiannya diisi oleh Tuan Haji Sha’aya bin Abdul Majid dan kemudian meninggal dunia pada 12 Julai 1963. Selepas itu, jawatan Mufti Perak telah disandang oleh Dato’ Haji Abu Hassan bin Abdul Majid DPMP sebagai Mufti Perak ke lima dan apabila beliau bersara dalam tahun 1977 jawatan Mufti Perak telah digantikan oleh Dato’ Haji Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah sebagai Mufti Perak yang ke enam yang kemudiannya bersara pada tahun 1981.

    Kemudian, Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan, Dato’ Haji Abdul Malek bin Haji Nordin telah mengisi jawatan Mufti Perak yang ke tujuh dan pada tahun 1985 Dato Haji Abdul Malek telah menamatkan kerjayanya. Akhirnya, pada tahun 1985, jawatan Mufti Perak yang ke lapan telah disandang pula oleh Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria sehinggalah sekarang ini.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.