Istana Iskandariah Lambang Kebanggaan Negeri Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Setiap wilayah berdaulat semestinya mempunyai pusat pemerintahan yang megah dan cantik. Kesultanan Perak yang meneruskan keagungan pemerintahan Kesultanan Melaka sudah tentu tidak ketinggalan mempunyai simbol kedaulatannya yang tersendiri. Artikel kali ini, akan menyentuh mengenai simbol Kesultanan Perak iaitu Istana Iskandariah.

    Istana megah dan cantik di Kuala Kangsar ini menjadi puncak keagungan pemerintahan Kesultanan Perak dikenali sebagai Istana Iskandariah. Mendapat jolokan sebagai istana dalam kisah Seribu Satu Malam, ianya terletak di tebing Sungai Perak. Tidak hanya menyimpan sejarah institusi diraja Perak malah ianya turut menjadi mercu tanda Bandar Diraja Kuala Kangsar.

    Berada diatas bukit Changkat Negara di bahagian tebing kiri Sungai Perak, Istana Iskandariah siap dibina pada 1933 dan dinamakan bersempena nama Paduka Seri Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari tahun 1918 hingga 1938 dan seterusnya menjadi istana rasmi tempat bersemayam raja-raja pemerintah yang ditabalkan sebagai Sultan Perak. Istana ini dibina di atas tapak lama Istana Negara yang dibina pada tahun 1895 oleh Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1.

    Sultan Iskandar Shah

    Selepas Sultan Iskandar Shah mangkat pada tahun 1938, Sultan Perak yang ke-31, Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah (1938-1948) bersemayam di Istana Iskandariah diikuti Sultan Yussuff Izzuddin Shah iaitu Sultan Perak yang ke-32.

    Sewaktu istana ini sedang dibina, Sultan Iskandar Shah bersemayam buat sementara di Istana Kenangan dan berpindah ke istana baru itu setelah ianya sempurna disiapkan.

    Bermula dari tahun 1933, Istana Iskandariah menjadi istana rasmi bersemayamnya kesemua Sultan Perak yang ditabalkan menjadi Raja Yang Dipertuan memerintah negeri.

    Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah

    Istana Iskandariah mempunyai corak seni bina yang menarik dan istimewa sekali. Seni binanya menyerupai corak seni bina Islam – India `Saracenic’ yang diadun dengan corak seni bina Asia Barat.

    Keadaan ini jelas dapat dilihat pada motif gerbang tajam (pointed Arch) dan juga hiasan menara serta kubah yang berbentuk bawang (onion shapes domes). Kewujudan corak seni bina pengaruh luar negeri ini bermungkinan dari hasil daripada pengalaman ahli-ahli seni bina Inggeris yang banyak mengetahui dan begitu terpikat dengan keindahan seni bina India-Islam.

    Seni ini kemudiannya diperkenalkan di Tanah Melayu pada awal kurun ke-20 dengan terbinanya bangunan-bangunan seperti Masjid, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Istana Iskandariah ini.

    Istana Iskandariah

    Istana ini dibina dengan menghadap arah matahari naik serta mempunyai pandangan indah yang menjangkaui ke arah Sungai Perak yang jernih. Bangunan Istana ini terdiri daripada 2 tingkat, lantai bawah dan tingkat satu dikenali sebagai Roof Lounge.

    Terdapat juga dua ruang besar yang digunakan sebagai Dewan Negara dan Dewan Muzik. Pada tingkat bawah terdapat beberapa ruang khas yang mempunyai fungsi tertentu seperti Bilik Mengadap, Bilik Jamuan Negeri, Bilik Makan, Bilik Pejabat Juruiring dan lain-lain.

    Di tingkat pertama terdapat pula ruang-ruang seperti ruang rehat untuk putera dan puteri sultan dan ruang mainan, bilik peraduan dan lain-lain.

    Istana Iskandariah

    Untuk naik ke tingkat ini terdapat tangga dan juga lif. Manakala tingkat kedua istana ini adalah terpenting kerana di sinilah letaknya ruang-ruang untuk Balai Nobat, Balairung Seri dan Singgahsana yang amat penting terutama pada hari-hari kebesaran, pertabalan dan lain-lain.

    Selain itu di tingkat ini juga terdapat bilik-bilik persalinan dan bilik istirehat Paduka Seri Sultan. Berdasarkan keindahan seni bina ini dan sebagai istana terbesar memang tepatlah ia dijadikan istana rasmi Sultan-sultan Perak sejak tahun 1933 dahulu hinggalah sekarang.

    Istana Iskandariah

    Pada 1984, Istana Iskandariah telah diperbesarkan sebanyak 11,468 meter persegi pada paras yang sama dengan istana utama dan dihubungkan di aras pertama.

    Senibina bangunan tambahn ini sama seperti senibina istana utama dan kelihatan seperti ianya dibina pada waktu yang sama dengan waktu pembinaan istana utama.

    Penambahan ini merangkumi keluasan sebanyak 99 meter kali 38.7 meter dalam bentuk segi empat dan mempunyai satu kubah utama dan empat kubah kecil di setiap penjuru.

    Seperti yang dilihat sekarang, istana ini mempunyai dua kubah utama dan lapan kubah kecil yang setiap satu terdapat dipenjuru istana. Di tingkat bawah bangunan tambahan istana ini menempatkan garaj untuk kenderaan diraja.

    Tingkat pertama menempatkan Dewan Banquet yang baru manakala di tingkat kedua pula terletaknya Balairong Seri yang baru. Balairong Seri dan Dewan Banquet dihiasi dengan ukiran Bunga

    Istana Iskandariah

    Berhampiran dengan Istana Iskandariah ini juga terdapat istana-istana lain yang telah memainkan peranan penting dalam sejarah negeri Perak seperti Istana Kenangan yang kini dijadikan Muzium Diraja serta Istana Hulu atau juga dikenali sebagai Istana Kota.

    Istana Kota kemudiannya dijadikan bangunan Sekolah Kebangsaan Kota pada tahun 1957 dan ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Mazwin pada tahun 1970.

    Iskandar Zulqarnain
    Iskandar Zulqarnain
    Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson, Perak.