Hangatkan Kembali Kolam Air Panas Ara Panjang Di Manong

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Tidak ramai yang tahu akan wujudnya kolam air panas yang tersembunyi di sebuah kampung di Manong. Ianya mempunyai nilai dan potensi sebagai kawasan tarikan pelancong ke kawasan ini dan secara tidak lansung dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Lokasi kolam air panas ini dipanggil sebagai nama Kolam Air Panas Ara Panjang. Rata-rata pada satu ketika dulu, ia menjadi tumpuan buat penduduk di sekitar Kuala Kangsar yang ingin berendam di kolam air panas semula jadi.

    Untuk maklumat umum buat anda pembaca setia orangperak.com, kolam air panas semula jadi dikatakan mampu untuk menyembuhkan sakit kulit terutamanya yang melibatkan gatal-gatal dan keradangan kulit yang tidak terlalu teruk. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rawatan semula jadi yang ada disana dan secara tidak lansung nikmatilah keindahan alam semula jadi yang ada di muka bumi Perak ini.

    Kolam Air Panas Ara Panjang mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang mana istimewanya adalah mempunyai banyak mata air dan suhunya juga agak tinggi berbanding di lokasi kolam air panas lain yang ada di dalam negara kita, Malaysia. Kolam Air Panas Ara Panjang yang amat sinonim dengan penduduk kampung setempat telah mendapat perhatian kerajaan negeri untuk menghagatkan kembali keadaan di kolam air panas semulajadi tersebut.

    kolam air panas ara panjang

    Diceritakan asal usul nama Kolam Air Panas Ara Panjang ini adalah digelar dengan sebagai nama Bendang Nyangat. Kolam air panas yang mempunyai identiti tersendiri ini mendapat gelaran Bendang Nyangat kerana dahulunya kawasan tersebut adalah kawasan bendang tanaman padi yang mengeluarkan air hangat (nyangat) secara semula jadi. Lokasi kolam ini telah beberapa kali terjejas akibat bencana bajir yang menyumbang kepada kemerosotan kehadiran pelancong dan juga keadaan di kawasan kolam air panas tersebut.

    Terdapat tandas awam dan kemudahan lain yang telah dibangunkan kerajaan negeri. Kita sebagai pengunjung nanti haruslah mendidik diri sendiri dan menjalin kerjasama antara satu sama lain untuk menjaga kebersihan kolam ini supaya memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.