● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
07:00
Zohor
13:06
Asar
16:20
Maghrib
19:06
Isyak
20:15
Pelancongan

Hangatkan Kembali Kolam Air Panas Ara Panjang Di Manong

25 Apr 2019 · 2 min baca · 161 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Tidak ramai yang tahu akan wujudnya kolam air panas yang tersembunyi di sebuah kampung di Manong. Ianya mempunyai nilai dan potensi sebagai kawasan tarikan pelancong ke kawasan ini dan secara tidak lansung dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Lokasi kolam air panas ini dipanggil sebagai nama Kolam Air Panas Ara Panjang. Rata-rata pada satu ketika dulu, ia menjadi tumpuan buat penduduk di sekitar Kuala Kangsar yang ingin berendam di kolam air panas semula jadi.

Untuk maklumat umum buat anda pembaca setia orangperak.com, kolam air panas semula jadi dikatakan mampu untuk menyembuhkan sakit kulit terutamanya yang melibatkan gatal-gatal dan keradangan kulit yang tidak terlalu teruk. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rawatan semula jadi yang ada disana dan secara tidak lansung nikmatilah keindahan alam semula jadi yang ada di muka bumi Perak ini. Kolam Air Panas Ara Panjang mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang mana istimewanya adalah mempunyai banyak mata air dan suhunya juga agak tinggi berbanding di lokasi kolam air panas lain yang ada di dalam negara kita, Malaysia. Kolam Air Panas Ara Panjang yang amat sinonim dengan penduduk kampung setempat telah mendapat perhatian kerajaan negeri untuk menghagatkan kembali keadaan di kolam air panas semulajadi tersebut.

kolam air panas ara panjang

Diceritakan asal usul nama Kolam Air Panas Ara Panjang ini adalah digelar dengan sebagai nama Bendang Nyangat. Kolam air panas yang mempunyai identiti tersendiri ini mendapat gelaran Bendang Nyangat kerana dahulunya kawasan tersebut adalah kawasan bendang tanaman padi yang mengeluarkan air hangat (nyangat) secara semula jadi. Lokasi kolam ini telah beberapa kali terjejas akibat bencana bajir yang menyumbang kepada kemerosotan kehadiran pelancong dan juga keadaan di kawasan kolam air panas tersebut. Terdapat tandas awam dan kemudahan lain yang telah dibangunkan kerajaan negeri. Kita sebagai pengunjung nanti haruslah mendidik diri sendiri dan menjalin kerjasama antara satu sama lain untuk menjaga kebersihan kolam ini supaya memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.