26.5 C
Ipoh
Thursday, 17 July 2025

Perak FC Henti Operasi, Tunggu Bantuan Kewangan MFL Untuk Lunas Hutang

- Advertisement -
- Advertisement -

Perak FC Henti Operasi, Tunggu Bantuan Kewangan MFL Untuk Lunas Hutang

Perak FC mengumumkan penghentian operasi serta-merta ekoran krisis kewangan yang melanda, memaksa kelab bergantung harap sepenuhnya kepada dana Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi menyelesaikan tunggakan gaji pemain, jurulatih, dan staf.

Dalam kenyataan rasmi, pihak pengurusan mendedahkan bahawa kelab telah kehabisan dana setelah melabur lebih RM40 juta dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

“Pelaburan tersebut termasuk usaha melangsaikan hutang RM8 juta peninggalan pengurusan terdahulu, selain perbelanjaan operasi tahunan sekitar RM10 juta,” jelas kenyataan itu.

Buat masa ini, Perak FC sedang menguruskan penjualan peralatan latihan dan sisa barangan niaga bagi mengumpul dana, sementara menanti bantuan kewangan daripada MFL.

“Kami berusaha menyelesaikan kewajipan yang tertunggak sebaik mungkin dengan sumber sedia ada,” tambah kenyataan tersebut.

Prestasi Musim Lalu & Langkah Drastik

Perak FC menutup saingan Liga Super 2024/25 di tangga ketujuh dengan 30 mata hasil lapan kemenangan, enam seri, dan 10 kekalahan.

Sebagai langkah penjimatan, kelab telah memulangkan pemain import dan membayar sebahagian gaji staf serta pemain tempatan. Namun, baki hutang hanya mampu diselesaikan sekiranya bantuan MFL diterima.

Pemain & Staf Dibebaskan

Semua kontrak pemain dan staf telah ditamatkan, membolehkan mereka mencari peluang baharu di kelab lain.

“Keputusan untuk tidak menyertai mana-mana pertandingan musim depan telah dimaklumkan kepada semua pihak. Kami amat menghargai komitmen mereka serta sokongan padu penyokong Yob dan Yong sepanjang ini,” ujar wakil pengurusan.

Dengan langkah ini, era Perak FC buat sementara waktu terpaksa ditutup, menanti penyelesaian muktamad daripada MFL bagi menjamin masa depan kelab yang pernah digeruni itu.

📢
Jangan terlepas berita terkini kami! Sertai saluran rasmi WhatsApp Channel Orang Perak sekarang.
Klik & Sertai Sekarang
- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Pengasas bersama orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here