Restoran Nam Heong ditubuhkan pada tahun 1958 dan inilah restoran kopitiam dan makanan tradisional masyarakat cina yang amat popular di Ipoh, Perak. Restoran kopitiam Nam Heong bertahun-tahun telah menawan hati ramai pelanggan dan secara tidak langsung telah menjadi ikonik di bandar Ipoh.
Sejak beberapa tahun yang lalu, perniagaan Nam Heong bertambah maju dan telah buka 4 cawangan baru di serata kawasan barat Malaysia. Antaranya adalah Ipoh Soho (Jalan Sultan Iskandar Shah), Da Men Mall (Subang USJ 1, LG Floor), Starling Mall (Damansara Uptown , Petaling Jaya SS21, Ground Floor), and Pavilion Elite Mall (Bukit Bintang, Jalan 166, Level 8).
Selain menjadi tempat perhatian pencinta makanan, pihak pengurusan Nam Heong juga ingin menjadikan restoran mereka tempat untuk nostalgia dan lebih sekadar memori dikalangan pelanggan yang datang ke restoran mereka.
Langkah seterusnya untuk mencapai cita-cita mereka, restoran Nam Heong di Ipoh Soho telah menjadi pertama di Malaysia yang ada robot sebagai pelayan. Para pelanggan yang ada mesti akan terpegun dengan tranformasi yang dibawa oleh restoran ini yang dilayan dengan robot.
Inovasi terbaru yang digunakan oleh restoran Nam Heong pada tahun 2018 dengan menggunakan robot sebagai mengambil alih tugas pelayan di restoran nampaknya berjaya menarik perhatian nitizen di seluruh Perak.
Dikatakan ada lapan robot berwarna merah dan putih bekerja sebagai pelayan setelah diprogramkan untuk membawa makanan ke meja makan pelanggan dengan laluan trek yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Walaupun dengan teknologi moden sebegitu, pelanggan masih perlu untuk mendapatkan sendiri makanan mereka dari dulang yang dibawa robot tersebut apabila sampai ke meja makan mereka. Jadi, fungsi utama robot pelayan ini adalah hanya membawa makanan ke meja masing-masing.
Setibanya robot tersebut di meja pelanggan, ia akan menyambut para pelanggan dan meminta mereka untuk mengambil makanan dari dulang. Kemudian, pelanggan perlu menyentuh sensor di lengan robot tersebut untuk membolehkan ia kembali ke kawasan menunggu sebelum melayan pelanggan lain.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, robot pelayan tersebut juga boleh bercakap dalam bahasa Kantonis dan bahasa Inggeris. Ia akan menyapa pelanggan yang ada dengan “selamat datang, makanan anda sudah dihidang, selamat menjamu selera, saya sedang beroperasi, sila beri pesanan anda dan maafkan saya” dalam kedua-dua bahasa.
Perhatian buat anda yang beragama Islam, restoran Nam Heong ini tidak menawarkan menu halal untuk pelanggan muslim.