OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Fakta

Robot Pelayan Restoran Pertama Malaysia Ada Di Ipoh, Perak

23 Apr 2019 · 2 min baca · 176 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Langkah seterusnya untuk mencapai cita-cita mereka, restoran Nam Heong di Ipoh Soho telah menjadi pertama di Malaysia yang ada robot sebagai pelayan. Para pelanggan yang ada mesti akan terpegun dengan tranformasi yang dibawa oleh restoran ini yang dilayan dengan robot.

Restoran Nam Heong ditubuhkan pada tahun 1958 dan inilah restoran kopitiam dan makanan tradisional masyarakat cina yang amat popular di Ipoh, Perak. Restoran kopitiam Nam Heong bertahun-tahun telah menawan hati ramai pelanggan dan secara tidak langsung telah menjadi ikonik di bandar Ipoh.

Sejak beberapa tahun yang lalu, perniagaan Nam Heong bertambah maju dan telah buka 4 cawangan baru di serata kawasan barat Malaysia. Antaranya adalah Ipoh Soho (Jalan Sultan Iskandar Shah), Da Men Mall (Subang USJ 1, LG Floor), Starling Mall (Damansara Uptown , Petaling Jaya SS21, Ground Floor), and Pavilion Elite Mall (Bukit Bintang, Jalan 166, Level 8). Selain menjadi tempat perhatian pencinta makanan, pihak pengurusan Nam Heong juga ingin menjadikan restoran mereka tempat untuk nostalgia dan lebih sekadar memori dikalangan pelanggan yang datang ke restoran mereka. Langkah seterusnya untuk mencapai cita-cita mereka, restoran Nam Heong di Ipoh Soho telah menjadi pertama di Malaysia yang ada robot sebagai pelayan. Para pelanggan yang ada mesti akan terpegun dengan tranformasi yang dibawa oleh restoran ini yang dilayan dengan robot.

Robot Pelayan Restoran Pertama Malaysia Ada Di Ipoh, Perak

Inovasi terbaru yang digunakan oleh restoran Nam Heong pada tahun 2018 dengan menggunakan robot sebagai mengambil alih tugas pelayan di restoran nampaknya berjaya menarik perhatian nitizen di seluruh Perak.

Robot Pelayan Restoran Pertama Malaysia Ada Di Ipoh, Perak

Dikatakan ada lapan robot berwarna merah dan putih bekerja sebagai pelayan setelah diprogramkan untuk membawa makanan ke meja makan pelanggan dengan laluan trek yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Robot Pelayan Restoran Pertama Malaysia Ada Di Ipoh, Perak

Walaupun dengan teknologi moden sebegitu, pelanggan masih perlu untuk mendapatkan sendiri makanan mereka dari dulang yang dibawa robot tersebut apabila sampai ke meja makan mereka. Jadi, fungsi utama robot pelayan ini adalah hanya membawa makanan ke meja masing-masing.

Robot Pelayan Restoran Pertama Malaysia Ada Di Ipoh, Perak

Setibanya robot tersebut di meja pelanggan, ia akan menyambut para pelanggan dan meminta mereka untuk mengambil makanan dari dulang. Kemudian, pelanggan perlu menyentuh sensor di lengan robot tersebut untuk membolehkan ia kembali ke kawasan menunggu sebelum melayan pelanggan lain. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, robot pelayan tersebut juga boleh bercakap dalam bahasa Kantonis dan bahasa Inggeris. Ia akan menyapa pelanggan yang ada dengan "selamat datang, makanan anda sudah dihidang, selamat menjamu selera, saya sedang beroperasi, sila beri pesanan anda dan maafkan saya" dalam kedua-dua bahasa.

Perhatian buat anda yang beragama Islam, restoran Nam Heong ini tidak menawarkan menu halal untuk pelanggan muslim.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.