25.5 C
Ipoh
Wednesday, 15 January 2025

Ketua Kampung Wanita Pertama Di Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Esah Ahmad mencipta sejarah selepas beliau dilantik sebagai ketua kampung wanita yang pertama di Perak pada tahun 2016. Wanita berusia 56 tahun itu telah membuktikan bahawa jantina bukan menentukan kebolehan kepimpinan seseorang.

Daripada 810 orang ketua kampung yang menerima watikah perlantikan dalam majlis di Ipoh tahun 2015 yang lalu, Esah Ahmad adalah satu-satunya penerima wanita. Dengan berbekalkan pengalamannya, beliau yakin akan dapat melaksanakan tugas-tugas dengan sebaiknya.

Wanita pertama yang dilantik menjadi ketua kampung ini ditugaskan di Kampung Balun yang berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Behrang. Esah Ahmad adalah diantara 288 orang daripada kaum Melayu yang baru dilantik untuk menggalas tanggungjawab itu bagi tempoh dua tahun mulai Januari 2016.

peta kampung balun

Beliau diangkat menjadi ketua kampung kerana beliau merupakan seorang yang sangat rajin serta bergiat begitu aktif dalam hal ehwal kemasyarakatan dan mendapat penerimaan dan sokongan dari penduduk kampung itu sendiri.

esah ahmad ketua kampung wanita pertama di perak

Membanteras isu-isu sosial dan menjaga kebajikan penduduk kampungnya, itulah antara azam ketua kampung wanita pertama di negeri Perak ini. Lantikan ini merupakan seba­hagian daripada langkah kerajaan negeri untuk mengupayakan golongan wanita.

Sekiranya wanita mempunyai kemampuan untuk mengendalikan tugas sebagai ke­tua kampung, mereka tidak boleh dihalang atas faktor jantina. Wanita di Perak bukan calang-calang orangnya.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here