Tular WhatsApp Pintu Empangan Chenderoh Dibuka Tidak Benar

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Tular di applikasi WhatsApp yang memaklumkan bahawa pintu Empangan Chenderoh sudah dibuka dan air lebihan dari Empangan Chenderoh sudah dilepaskan. Menurut makluman yang tular di applikasi WhatsApp tersebut, air lebihan yang dilepaskan akan sampai ke Tanjung Blanja dan Pekan Parit dalam masa 24 jam.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, mesej berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan berhentilah menyebarkannya. Penyebaran maklumat palsu sebegini tidak ada manfaat melainkan akan menyusahkan banyak pihak yang berkaitan secara tidak langsung.

    Tular WhatsApp Pintu Empangan Chenderoh Dibuka Tidak Benar

    Tiada pelepasan air secara berlebihan dibuat di mana-mana empangan janakuasa hidro Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak. Menurut Datuk Zainol Fadzi Paharudin selaku Exco Kerajaan Perak dalam sinar harian ada menyatakan bahawa pelepasan air dijalankan secara normal dan mengikut prosedur standard operasi (SOP) sedia ada.

    Empangan Chenderoh

    Had minimum paras bahaya air di Empangan Chenderoh masih lagi jauh untuk mencapai paras di tahap bahaya dan hasil semakan dengan pihak pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Janakuasa Sungai Perak juga mengesahkan bahawa tiada pelepasan air dibuat ketika ini.

    Empangan Chenderoh

    Semua pihak diseru agar untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak benar kerana ia boleh menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat setempat. Anda yang sedang membaca artikel ini diharap agar dapat panjangkan info ini kepada mereka yang telah terdedah dengan maklumat palsu tersebut.

    Empangan Chenderoh

    Kepada Pentadbir (admin) di mana-mana group WhatsApp, anda jangan lupa akan hal yang anda boleh dikenakan hukuman undang-undang kerana gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.

    admin whatsapp

    Menurut Datuk Jailani Johari selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir (admin) mana-mana group WhatsApp.

    Empangan Chenderoh

    Sedikit fakta ringkas buat anda, Empangan Chenderoh yang merupakan stesen kuasa hidroelektrik tertua di Malaysia ini mampu menakung 50 juta gelen air. Maklumat lanjut berkenaan dengan Empangan Chenderoh, anda boleh baca dalam artikel Empangan Chenderoh Pemangkin Pembangunan Negeri Perak.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.