Program Temuduga Usahawan Asnaf Sepanjang Bulan Mac 2017

Hebahan untuk semua warga Perak. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sedang menganjurkan temuduga program khas Pemerkasaan Ekonomi Asnaf di beberapa lokasi sepaanjang bulan Mac ini. Program ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang berbentuk keusahawan dan peralatan perniagaan kepada asnaf fakir, miskin dan muallaf dalam menjana pendapatan, menaikkan taraf ekonomi dan seterusnya menjadi usahawan yang berjaya.

poster program

Kepada warga Perak, yang berkelayakan seperti kriteria di atas, anda dijemput hadir pada tarikh dan lokasi temuduga seperti lampiran yang disertakan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Nazirul atau En. Hamizul di talian 016-5129906 atau 013-9420298.

jadual temuduga

Pada tahun 2017 ini, MAIPk memperuntukkan kira-kira RM3 juta bagi perbelanjaan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf dan mensasarkan seramai 70 orang asnaf terlibat di dalam perniagaan dan keluar daripada kancah kemiskinan. Semua peserta program yang berjaya, dijangka mempunyai pendapatan RM2000 hingga RM4000 sebulan dengan mempunyai perniagaan dan produk keluaran sendiri.

Kami orangperak.com sangat berharap agar program ini dapat dihebahkan kepada semua golongan asnaf fakir, miskin dan muallaf yang anda kenali.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

41 + = 51