● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Sejarah Bagan Datuk Di Perak

14 May 2019 · 2 min baca · 441 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Bagan Datuk mula diteroka sekitar tahun 1880 dan Pekan Bagan Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, lokasi tersebut dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru.

Nama Tok Kelah pula memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Bagan Datoh. Bagi generasi orang lama di Bagan Datuk, Allahyarham Tok Kelah merupakan seorang perwira yang cekal dalam usahanya untuk membuka sebuah penempatan. Menurut sejarah, nama Bagan Datoh pada asalnya sebelum ditukarkan ke Bagan Datuk adalah merupakan gabungan antara lokasi dan struktur kawasan penduduk melayu di situ sendiri.

Sejarah Bagan Datuk Di Perak

Ianya dikatakan berpunca dari kesilapan orang Inggeris untuk menyebut dalam dialek Melayu. Menurut sejarah, struktur rumah orang Melayu pada waktu itu didirikan di tepi Sungai Perak. Penghuninya dihubungkan dengan jambatan untuk ke daratan. Struktur binaan itulah yang dipanggil dengan panggilan bagan oleh masyarakat tempatan.

Sejarah Bagan Datuk Di Perak

Manakala nama Tok Kelah juga popular ketika itu di kalangan masyarakat setempat termasuk di Kota Setia dan

Teluk Mak Intan

yang kini dikenali dengan nama Teluk Intan. Sekiranya ada yang ingin ke tempat yang diteroka oleh Tok Kelah, mereka memanggil tempat tersebut dengan panggilan Bagan Datok sempena tempat yang mempunyai bagan dan juga nama Tok Kelah.

Sejarah Bagan Datuk Di Perak

Lama-kelamaan, nama Bagan Datok bertukar kepada Bagan Datoh apabila Straits Plantation Company Limited yang merupakan sebuah syarikat perladangan Inggeris telah membuka estet kelapa pada tahun 1896 yang terletak kira-kira 4 km dari pekan dan diberikan nama sebagai Bagan Datoh Estate sempena dengan nama Bagan Datok yang terkenal ketika itu. Kesukaran orang Inggeris menyebut perkataan Datok mengakibatkan sebutannya bertukar kepada Datoh. Maka sehingga ke awal tahun 2017, nama Bagan Datoh telah diubah ejaannya ke Bagan Datuk kerana itulah sebutan yang lebih selesa buat masyuarakat untuk menyebutnya.

Sejarah Bagan Datuk Di Perak

Untuk makluman anda, kini Bagan Datuk juga telah dinaik taraf menjadi daerah yang mempunyai 4 mukim iaitu Hutan Melintang, Mukim Bagan Datoh, Rungkup dan Teluk Bharu secara tidak lansung telah menjadikan Perak kini ada 12 daerah kesemuanya.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.